This Space Will Be Updated from Time to Time
Media Unit
ProWaris Malaysia


PESANAN : SERUAN SUPAYA MELAYU PROFESIONAL BERSATU DI PROWARIS MALAYSIA


Assalamualaikum wbt.

Saudara-saudari sekalian,

Saya bagi pihak Barisan Peneraju, Ahli-Ahli Kehormat Majlis Penasihat dan seluruh warga Pertubuhan Profesional Melayu & Pewaris Bangsa (ProWaris) Malaysia memohon agar saudara dan saudari sekalian dapat memanjangkan salam kasih dan hormat kami kepada seramai mungkin anak-anak Melayu Profesional di dalam dan luar negara.

ProWaris Malaysia membuka pintu seluas mungkin untuk menerima kehadiran ahli-ahli baru yang sedia berjuang dari segi waktu, tenaga, pemikiran dan sebagainya demi penyatuan semula Rakyat Malaysia yang berbangsa Melayu dan yang beragama Islam.

Kami yakin dengan penggembelingan tenaga Melayu Profesional, kita akan berjaya kembalikan kemartabatan Bangsa Melayu dan Agama Islam sekaligus meletakkan kedudukan politik, ekonomi dan kesejateraan negara di tempat asalnya, insyaAllah. 

PROFESIONAL MELAYU
- BERANI, AMANAH, DISIPLIN, RAJIN, SETIA, TAQWA- 

Wassalam.

FERIZ OMAR
Presiden ProWaris Malaysia
Tel : 03-2164 6488  |  Faks : 03-2164 7488
www.prowaris. org
prowaris@yahoo. com
prowaris@yahoogroups.com


From PROWARIS Broadcasting Unit




This media will be updated by ProWaris Media regularly.

PENGUMUMAN: 70 MENYERIKAN MAJLIS AMAL PROWARIS

s
KUALA LUMPUR, 21 September 2008 | 21 Ramadhan 1429H - Tidak kurang daripada 70 orang telah menyerikan dan menceriakan Majlis Amal Pertubuhan Profesional Melayu & Pewaris Bangsa (ProWaris). Program kali ini adalah anjuran ProWaris bersama Kelab Anak- Anak Yatim Se-Malaysia. Jumlah sumbangan yang berjaya dapat dikumpulkan adalah sebanyak RM2950 melalui sumbangan ikhlas persendirian dan bayaran penyertaan RM50.00 seorang yang dikenakan.

Perjalanan majlis tersebut merangkumi
(1) Program kursus motivasi pelajar yang akan menduduki PMR 2009;
(2) Majlis jamuan berbuka puasa;
(3) Solat Maghrib, solat Isyak, solat Terawih; dan
(4) Tazkirah kepada para jemaah yang hadir pada hari tersebut.

sDalam program ini seramai 30 orang pelajar lelaki dan perempuan yang bakal memduduki PMR 2009 dari Rumah Amal Limpahan Kasih yang telah menyertai program ini, bagi mendapatkan tips ataupun cara belajar yang lebih efektif dan teratur serta lebih disiplin bagi menjalani amalan jadual pelajaran harian pelajar untuk menghadapi peperiksaan yang akan dihadapinya nanti. Program ini dikendalikan oleh Sister Azian Arif dan Brother Hishamuddin Yusof selaku Pakar Psikologi ProWaris Malaysia.


G

Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran ahli lama dan baru ProWaris serta para jemputan. Majlis berbuka puasa diisi dengan hidangan Nasi Ambang dalam dulang serta pelbagai juadah manisan dan pembasuh mulut. Solat jemaah maghrib dan isyak serta Terawih dan Witir diketuai oleh Ustaz Yusrizal dan Ustaz Azhar, dua orang ustaz dari Acheh yang menduduki Ijazah Sarjana UIA.

sTazkirah pula disampaikan oleh Brother Zulkifli Ahmad bertajuk "Melihat Kecelaruan Melalui Mata Dan Hati Yang Tajam" menjelaskan kedudukan 313 tentera Islam dalam memerangi ribuan askar Kafirun semasa Perang Badar perlu dijadikan ikhtibar oleh umat Islam hari ini supaya dapat membezakan "Siapa Kawan, Siapa Lawan, Siapa Islam Siapa Kafir dan Siapa Munafik".

Majlis tamat jam 11.30 malam.


UNDI TIDAK PERCAYA TERHADAP PAK LAH LEBIH MUDAH DILAKSANAKAN OLEH B.N. BERBANDING P.K.R.

KUALA LUMPUR, 12 September 2008 | 12 Ramadhan 1429H - Presiden Pertubuhan Profesional Melayu & Pewaris Bangsa (ProWaris), Feriz Omar hari ini merasakan bahawa undi tidak percaya oleh Barisan Nasional (BN) terhadap Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia merangkap Presiden BN dan UMNO adalah lebih mudah dilaksanakan jika dibandingkan dengan kempen undi tidak percaya yang dicadangkan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim melalui Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Barisan Rakyat (BR).

Feriz ditemuramah ekoran daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya proses peralihan kuasa Pak Lah dipercepatkan sebelum 2010.  “Pak Lah perlu bertindak segera menurut desakan Tan Sri Muhyiddin setelah berlakunya rentetan Tsunami politik yang berterusan sejak kekalahan BN pada PRU 12 yang lalu,” katanya. 

PAK LAH LEBIH DIPANDANG MULIA JIKA LETAK JAWATAN SECARA PROFESIONAL, TETAPI DIPANDANG HINA JIKA DIUSIR

“Rakyat Malaysia juga sedar bahawa ProWaris sendiri telah berulang-kali memberi usulan tegas kepada Pak Lah supaya beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia sekaligus sebagai Presiden UMNO-BN. Saya berpendapat bahawa Pak Lah akan dipandang lebih mulia sekiranya beliau meletakkan jawatan secara professional tetapi beliau pasti akan dipandang hina sekiranya beliau diusir keluar dari UMNO-BN,” kata Presiden ProWaris.

"Oleh yang demikian, adalah lebih wajar sekiranya Pak Lah meletakkan jawatan dalam jangkamasa terdekat dan bukan pada 2010 setidak-tidaknya sebelum Undi Tidak Percaya berlaku," tambahnya lagi.

“Namun, kami menjangka Pak Lah akan terus berdegil dan menganggap bahawa saranan tegas daripada Tan Sri Muhyiddin yang merupakan Naib Presiden UMNO paling berpengaruh itu boleh diabaikan dan ditepis dengan mudahnya,” kata Feriz. 

"Masa semakin suntuk dan perubahan politik dan ekonomi perlu berlaku secara serta merta dan saya merasakan bahawa Kempen Undi Tidak Percaya Di Kalangan Pemimpin-Pemimpin BN Terhadap Pak Lah perlu bermula,” tegasnya. 

TIGA PERKARA MEMUDAHKAN KEMPEN UNDI TIDAK PERCAYA TERHADAP PAK LAH MELALUI B.N. BERBANDING P.K.R.

“Pandangan saya mengenai Kempen Tidak Percaya Di Kalangan Pemimpin-Pemimpin BN Terhadap Pak Lah itu amat realistik dan tepat memandangkan ianya lebih mudah dilaksanakan berbanding kempen yang cuba dianjurkan oleh Dato’ Seri Anwar melalui PKR dan Barisan Rakyat,” ujarnya. 

“Pertama, Cadangan Kempen Tidak Percaya Terhadap Pak Lah Daripada Pemimpin-Pemimpin BN ini tidak menanggung kos yang tinggi atau kemungkinan tidak menanggung kos langsung; Kedua, kempen ini juga tidak akan mengganggu-gugat kedudukan mana-mana pemimpin BN yang menyokong kerana mereka tidak perlu lompat parti, sekaligus dapat mengelakkan tuduhan “tidak setia” dan; Ketiga, kebarangkalian untuk ianya direalisasikan adalah tinggi memandangkan perasaan tidak puas hati terhadap kepimpinan tertinggi BN semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini,” kata Feriz. 

SAPP PERNAH GAGAL, UMNO BOLEH BERJAYA?

Apabila ditanya kegagalan Sabah Progressive Party (SAPP), parti kompenen BN yang pernah menganjurkan cadangan yang sama baru-baru ini, Feriz menyatakan kempen sebegini seharusnya dianjurkan oleh parti yang berpengaruh seperti UMNO sendiri memandangkan UMNO mewakili komuniti terbesar dalam BN.

MUHYIDDIN-PROWARIS BERPAKAT?

Dalam siaran langsung ulasan PRU-12 di TV3 pada Mac lalu, Presiden ProWaris itu telah menamakan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden UMNO sebagai Menteri yang paling “outperform” dan paling layak menggantikan Dato’ Seri Rafidah Aziz yang telah memonopoli Kementerian Perdangangan Antarabangsa dan Industri terlalu lama sehingga tidak memberi ruang pendedahan kepada mana-mana Menteri lain.

“Cadangan Kempen Tidak Percaya Terhadap Pak Lah Melalui BN adalan bukan persoalan berpakat ataupun tidak. Ini persoalan tanggungjawab. Kami, di ProWaris akan dan sedang bekerja dengan semua pemimpin tidak kira dari dalam mahupun dari luar BN sehinggalah objektif kami supaya mana-mana pemimpin Melayu dan pemimpin Islam yang lemah disingkirkan akhirnya," ulas beliau. 

JANJI PROWARIS – SEDIA BERTEMU MANA-MANA PEMIMPIN PADA BILA-BILA MASA DAN DI MANA JUA UNTUK MENGATUR STRATEGI

Janji Feriz, ProWaris akan terus bergerak dan sentiasa bersedia untuk bertemu mana-mana pemimpin pada bila-bila masa dan di mana jua agar pemimpin Melayu yang paling lemah dalam sejarah 51 tahun merdeka itu digantikan oleh tokoh pemimpin yang benar-benar mempunyai kemampuan untuk mengutamakan Agenda Melayu dan Agenda Islam dalam pentadbiran negara.


MUKHRIZ PALING LAYAK, KHAIRY TAK BOLEH BERTANDING – PRESIDEN PROWARIS

PUTRAJAYA, 5 September 2008 | 5 Ramadhan 1429H – Presiden Pertubuhan Profesional dan Pewaris Bangsa (ProWaris), Feriz Omar hari ini mengumumkan bahawa Dato’ Mukhriz Mahathir adalah calon paling layak untuk bertanding kerusi Ketua Pemuda UMNO Malaysia manakala Khairy Jamaluddin (KJ) tidak boleh dan tidak patut bertanding mana-mana jawatan dalam UMNO tidak kira dalam sayap Pemuda UMNO mahupun Majlis Tertinggi UMNO Malaysia.

Feriz yang ditemuramah hari ini berkata Dato’ Mukhriz mempunyai sokongan padu akar umbi yang semakin kuat ekoran daripada tsunami politik yang berterusan sejak dari kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihanraya Umum Ke-12 (PRU12) sehinggalah kekalahan teruk BN dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh baru-baru ini.

MUKHRIZ – CALON PALING “PROMISSING”

“Dato’ Mukhriz adalah calon yang paling “promissing” memandangkan UMNO sudahpun ketandusan pemimpin yang jujur, tegas dengan pendirian, kreatif serta professional. Beliau juga adalah calon yang telah diuji sokongan akar umbi di mana beliau meraih undian tertinggi dalam EXCO Pemuda UMNO dalam Mesyuarat Agong UMNO 2004 yang lalu”.

Feriz menegaskan bahawa kepimpinan UMNO lama yang terlalu taksub kepada parti sehingga terpaksa menipu diri adalah punca utama UMNO semakin tidak relevan kepada Rakyat untuk membawa wadah mengutamakan Agenda Melayu dan Agenda Islam.

Apabila ditanya mengenai kedudukan KJ pula Feriz menjawab, “Sudahpasti KJ tidak boleh memegang mana-mana jawatan baik dalam Pemuda UMNO mahupun dalam Majlis Tertinggi UMNO Malaysia bukan sahaja dalam Mesyuarat Agong UMNO 2008 malahan adalah salah untuk KJ memegang jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia Penggal 2004-2008”.

“Satu Malaysia tahu bahawa kemenangan tanpa bertanding jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO adalah kerana KJ merupakan anak menantu kepada Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia. Di atas alasan bahawa beliau tidak diuji dan juga di atas alasan beliau dianggap sebagai “liabiliti UMNO” oleh kebanyakan pemimpin akar umbi maka beliau tidak layak untuk bertanding dalam Mesyuarat Agong UMNO 2008,” kata Presiden ProWaris.

KJ DIANGGAP LIABILITI UMNO KERANA KEDUDUKANNYA SERING MENIMBULKAN KONFLIK

“Kedudukan KJ dalam Pemuda UMNO ataupun Majlis Tertinggi UMNO sentiasa akan dan boleh mewujudkan situasi “konflik” kerana KJ adalah anak menantu kepada Presiden UMNO”.

Feriz menegaskan bahawa sayap Pemuda UMNO dan Majlis Tertinggi UMNO perlu berada dalam keadaan tegas, lantang dan bebas bersuara untuk memastikan parti tersebut sentiasa berada di landasan perjuangan yang betul. Oleh itu, pertalian Bapa Mertua dan Anak Menantu akan menjadikan tindakan dan keputusan Parti menjadi sebagai bahan yang boleh dicurigakan dan dipersoalkan oleh ahli-ahlinya.

“UMNO akan berada dalam situasi bercelaru sekiranya KJ memegang jawatan dalam Pemuda UMNO ataupun MT selagi perhubungan kekeluargaan Pak Lah-KJ masih wujud. UMNO sepatutnya perlu fokus menstrukturkan organisasinya secepat mungkin agar ianya sealiran dengan aspirasi generasi pelapis yang bakal mewarisi tampuk pentadbiran Malaysia terutamanya dalam menjadikan Agenda Melayu dan Agenda Islam sebagai “prioriti” utama kata beliau lagi.

MANA TANGGUNGJAWAB KJ TERHADAP UMNO? KJ SEPATUTNYA MENASIHATKAN PAK LAH LETAK JAWATAN

Feriz berkata “Kita dan saya juga yakin bahawa KJ juga sedia maklum bahawa bapa mertuanya, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi adalah Pemimpin Melayu Yang Paling Lemah Dalam Sejarah 51 Tahun Kemerdekaan Malaysia ekoran dari kekalahan teruk BN dalam PRU-12 yang lalu. Sekiranya KJ bertanggungjawab terhadap UMNO, sepatutnya beliau menasihatkan bapa mertuanya untuk melepaskan jawatan sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia sejak awal lagi. Tetapi ini tidak, KJ masih terus membenarkan Pak Lah mentadbir atas tujuan-tujuan dan alasan-alasan peribadi tertentu”.

Feriz menambah, “Kenyataan ini dikeluarkan tanpa prejudis. Sesungguhnya, ProWaris akan mengeluarkan kenyataan sama kepada Dato’ Mukhriz sekiranya Tun Dr Mahathir masih lagi memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia dan sekiranya Tun Mahathir selemah Pak Lah”.

KEMPEN PERJUANGAN BEKAS PEMIMPIN-PEMIMPIN MUDA PKR YANG ”LOMPAT” BALIK DALAM UMNO BERASASKAN DENDAM DAN TERLALU EMOSIONAL

Apabila ditanya mengenai kehadiran bekas pemimpin-pemimpin muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam UMNO yang telah menawarkan diri untuk memegang jawatan tertinggi Pemuda UMNO Malaysia, Feriz berkata “Kehadiran mereka semula dalam UMNO masih baru lagi dan tempoh yang lebih panjang diperlukan untuk menguji ketulusan mereka dan saya merasakan Mesyuarat Agong UMNO Malaysia 2008 bukannya medan untuk mereka berkempen”.

“Dalam pengamatan saya dalam tempoh singkat ini, saya sendiri merasakan bahawa penghijrahan mereka untuk keluar dari UMNO ke PKR dan kembali semula ke UMNO adalah merupakan suatu perbuatan tidak setia, tiada pendirian serta berpaling tadah kepada kedua-dua parti UMNO dan PKR. Pendirian peribadi saya mengenai bentuk kempen perjuangan mereka pula adalah mereka berjuang berasaskan dendam, terlalu emosional, tidak praktikal serta tidak professional”.

Feriz mengakhiri temuramah dengan berkata “Perjuangan seperti ini sudah lapuk dan tidak sealiran dengan aspirasi politik generasi muda dan menjadi sebab utama tsunami politik Malaysia hari ini”.


KEAJAIBAN CINTA - FERIZ OMAR & FIFI NOOR HAFIZA (PELBAGAI AKHBAR & MAJALAH)

AKHBAR KOSMO : INILAH KEAJAIBAN CINTA
Oleh FAIZAL SAHARUNI
mfaizal@kosmo.com.my 

WAJAH jelita dan kehalusan budi Fifi membuatkan Feriz terpaut dan menjadikannya sebagai permaisuri di hati.

TAKDIR Yang Maha Kuasa penentu segala-gala. Perkenalan dua jiwa - pengacara dan pelakon popular, Fifi, 25 dengan penganalisa politik dan ekonomi, Feriz Omar, 35, sejak tahun 2006 sekadar beralas atas nama sahabat, tanpa membibit bunga asmara.

Tiada perasaan cinta yang mekar, tiada juga haruman kasih terjalin, justeru keakraban dua teman ini belum bercambah hala tujunya.

Jam pantas memutar waktu. Tali pengikat perhubungan mereka menjadi sedikit renggang, namun bukanlah terputus di pertengahan jalan.

Sebaliknya, mereka tidak menghubungi sesama sendiri dan jarang berkesempatan bertanya khabar gara-gara kesibukan kerja yang tiada berpenghujung.

Masing-masing mempunyai tuntutan dan komitmen sendiri dalam memperjuang hidup di alam ini. Boleh dibarat si gadis menghala ke arah Timur dan si jejaka pula menghayun haluan ke laluan Barat.

Hinggalah suatu hari yang indah tertulis oleh-Nya, dua insan ini ditemukan sekali lagi penghujung Mac lalu dengan secara kebetulan di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar, Kuala Lumpur.

Tidak sekadar terleka dengan peluang keemasan yang mendatang, Fifi dan Feriz mula jatuh hati. Dan tarikh keramat 8 Ogos 2008, mereka disatu semula di tempat sama, tetapi secara sah dalam hukum Islam sebagai suami isteri.

Itulah perjalanan cinta Fifi bersama Feriz yang disifat menerbit 'keajaiban', malah seakan mendapat limpahan cahaya dan keberkatan Ilahi.

Kedua mempelai ini dinikah bapa Fifi, Saharuddin Othman, 56, di hadapan Imam Besar merangkap Jurunikah masjid tersebut, Ustaz Hazman Hashim, 33, pukul 9.30 pagi.

Pantas mengukuh bicara, Feriz mengakui selepas bertemu pada tahun 2006, masing-masing belum memiliki perasaan, malah dia dan Fifi sedang giat mengurus bisnes dan mengukuhkan karier.

"Pada satu hari, saya ingin membeli sebuah majalah setelah melihat kulit depannya adalah gambar Fifi. Malangnya, saya tidak bawa duit, lalu naik ke pejabat sekali gus melupakan hasrat itu.

"Selepas itu, saya ingin menelefon seorang teman, tetapi terlihat nombor Fifi dalam simpanan telefon bimbit.

"Saya memberanikan diri untuk hubungi dia. Kami menanya khabar antara satu sama lain. Petang itu juga saya dan Fifi merancang untuk bertemu di Bangsar.

"Sebab masih belum menunaikan solat Zohor, saya meminta izin daripada Fifi terlebih dahulu bahawa saya sampai sedikit lewat seperti dijanjikan.

"Memang takdir Allah, rupa-rupanya Fifi pun berada di masjid itu bagi menyempurna ibadah. Rasa cukup mengejutkan buat saya dan Fifi apabila secara kebetulan bersua.

"Dari situ kami bertemu semula dan menjadi rapat," kata Feriz menyelongkar kejadian yang dianggap begitu menakjubkan itu.

Penuhi syarat IslamFifi yang asyik mengerling manja kepada Feriz memberitahu, Feriz diumpama lelaki yang memenuhi syarat dan kriteria buat wanita Islam.

Anak kedua daripada empat bersaudara ini mengaku selalu berdoa kepada Tuhan agar dipertemu dengan seorang lelaki yang dapat memberi kebahagiaan dan membimbing ke arah jalan kebenaran.

"Syukur sangat sebab saya dijodoh dengan Feriz. Saya cukup menghormati dia, malah saya rasa Tuhan memakbulkan niat saya untuk disatukan dengan lelaki yang saya anggap lengkap buat hidup saya.

"Saya tahu Feriz bakal memimpin saya untuk jadi muslimat lebih baik, malah saya yakin dia berupaya membimbing saya di dunia atau akhirat."

Sementara itu, Feriz memandang keistimewaan dan keunikan wanita bergelar Fifi dalam sudut berbeza. Agak berbeza juga daripada pandangan sesetengah kaca mata golongan lelaki lain.

"Semua kriteria yang saya idamkan terutama mereka yang benar-benar menjalani kehidupan sebagai Muslim, ada pada Fifi.

"Saya dan Fifi mempunyai minat sama. Kami gemar berhujah dan selalu memperjuang isu-isu agama dan negara. Kami juga amat meminati bidang penyiaran.

"Lantaran itu, saya dan Fifi sentiasa mencari jalan untuk melakukan perjuangan lebih kreatif untuk Islam dan bangsa Melayu," jelas Feriz yang merupakan Presiden Pertubuhan Profesional Melayu & Pewaris Bangsa (ProWaris).

Sambut Feriz lagi, dia beranggapan Fifi bak muslimat anggun terakhir sekali gus menjawab segala pertanyaan ramai kala ditanya tentang 'aset' tetap yang kini bersatu dalam hidupnya.

"Senang saya katakan, Fifi seperti muslimat anggun terakhir. Dengan itu, saya dapat menjawab segala pertanyaan tentang keistimewaan Fifi," jelasnya yang mengikat tali pertunangan dengan Fifi ada 20 Julai lalu.

Tidak halang karier FifiTanggungjawab sebagai pengacara dan terbaru melibatkan diri dalam telefilem arahan Erma Fatima, Qasidah Buat Laila bagi siaran Astro Oasis menjelang Ramadan ini, Fifi mengakui telah merencana karier seninya untuk masa depan.

Fifi yang jelita mengenakan busana putih sedondon dengan tudung ilham pereka fesyen terkenal, Calvin Thoo mengumumkan Qasidah Buat Laila bakal menjadi drama terakhir untuk dirinya.

"Saya sudah buat keputusan ingin fokuskan pada benda lain termasuk rumah tangga, bisnes dan bidang pengacaraan.

"Keputusan saya muktamad. Tidak mahu lagi melibatkan diri di dalam dunia lakonan. Bukan saya dipaksa suami, sebaliknya ini merupakan kemahuan saya sendiri," bicara Fifi yang enggan menuruti amalan merancang famili selepas mendirikan rumah tangga.

Feriz menyampuk: "Sebagai suami, saya sentiasa menyokong kerjaya Fifi. Tiada sebarang penetapan syarat buat Fifi bagi melibatkan diri dalam dunia seni.

"Sebelum ini pun saya sering hantar dan menjemput Fifi daripada lokasi penggambaran tidak kira masa dan waktu.

"Selepas berkahwin, saya tetap akan melakukan rutin sama. Sudah menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan keselamatan Fifi walau ke mana jua dia berada," luah Feriz.

Dengan mas kahwin sebanyak RM1,000 dan wang hantaran berjumlah RM50,000, Fifi akhirnya sah menjadi isteri Feriz dengan sekali lafaz akad nikah.

Majlis serba sederhana itu hanya dihadiri keluarga terdekat dan sahabat handai kedua belah pihak pengantin.

Pasangan sepadan ini akan mengadakan majlis persandingan berkonsep Diraja pada 17 Ogos ini bertempat di Pusat Konvensyen Sime Darby, Kuala Lumpur bermula pukul 8 malam.

Kata Fifi atau nama sebenarnya Noor Hafiza Saharuddin, tema upacara itu merupakan permintaan pengantin lelaki, lalu dia mempersetujui saranan itu.

Feriz menambah: "Biasanya mempelai akan mengenengahkan konsep kontemporari dalam majlis persandingan mereka.

"Berlainan pula bagi saya, lebih baik kalau acara itu diadakan dengan mengimbau kembali asal-usul budaya kita. Memandangkan kami adalah raja sehari, tiada salah hendak buat gaya di raja bukan?" soal Feriz lalu tersenyum.

Pasangan ini mengambil keputusan untuk menunaikan ibadah di Tanah Suci Mekah dua hari selepas majlis resepsi.

AKHBAR SINAR HARIAN : BERTEMU, BERNIKAH DI MASJID YANG SAMA
Artikel : Aida Azura Azemi
Foto : Nor Yanti Saharuddin


KUALA LUMPUR, 9 OGOS 2008 - Jika sudah jodoh tidak akan ke mana - itulah pepatah paling tepat untuk menggambarkan ikatan murni suami isteri yang termeterai antara Fifi dan Feriz, tepat jam 9.30 pagi pada tarikh keramat 08/08/08.

Jika dua tahun lalu mereka pernah bertemu atas urusan kerja namun ketika itu tiada magis cinta yang mengalir di hati masing-masing, jodoh antara mereka yang sudah tertulis di Luh Mahfuz menyaksikan pasangan ini kembali bertaut menerusi satu insiden yang tidak terduga.

"Satu hari saya dijemput ke majlis amal untuk kanak-kanak miskin. Ketika melewati sebuah kedai, saya terlihat wajah Fifi sebagai penghias kulit depan. Terdetik rasa hati untuk membelinya, tetapi duit pula tidak ada ketika itu. Saya terpaksa melupakan hasrat itu lalu meneruskan langkah ke majlis berkenaan.

Satu ketika, sewaktu saya mahu membuat panggilan telefon kepada rakan yang pangkal namanya bermula huruf "F", langsung terpandang pula nombor telefon Fifi dalam telefon bimbit. Saya terus menghubunginya dan menjemput Fifi datang ke pejabat saya untuk membantu aktiviti ProWaris. Fifi menjawab panggilan saya dengan baik malah menurutnya, dia selalu melihat saya di kaca TV lalu saya terus mengajaknya keluar bersama petang itu juga," cerita Feriz sambil menjeling Fifi yang tersipu-sipu di sebelahnya.

Mengimbau lebih jauh kenangan manis yang berlaku penghujung Mac itu, sebelum pertemuan Feriz menghantar mesej kepada Fifi menyatakan kelewatannya lantas dibalas perkara yang sama oleh Fifi. Rupa-rupanya, kelewatan mereka disebabkan oleh sebab yang serupa iaitu masing-masing mahu mengerjakan solat Zuhur terlebih dahulu. Ironinya, mereka bertemu di masjid yang sama! Sudahnya pertemuan mereka petang itu bukan sahaja disulami perbualan perihal diri malah mereka turut mengerjakan solat Asar dan Maghrib di masjid berkenaan. Masjid itu tidak lain dan tidak bukan, masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar di mana mereka diijabkabulkan semalam.

Tambah Feriz, dia yang sekian lama mendambakan pasangan sebaik Saidatina Aisyah r.a berasa cukup gembira apabila Fifi juga pernah meluahkan harapan untuk mencontohi wanita mulia itu sekiranya bergelar isteri satu hari nanti. Sejak itu terdetik di hati Feriz, Fifi mungkin wanita paling cocok untuk dijadikan isteri, sekaligus melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah bagi menyambung perjuangannya untuk agama, bangsa dan negara selama ini.

Sekitar bulan Mei, hubungan mereka beranjak lebih jauh apabila Feriz mengajak Fifi bersama keluarganya mengerjakan ibadah umrah di Kota Suci Mekah bersama keluarganya. Di tanah haram itu, hati Feriz yang sedia terpaut pada Fifi tambah yakin betapa wanita yang manis bertahi lalat di dagu itu memang sesuai untuknya. Menurut Feriz, hatinya juga lega ketika itu apabila segala cabaran yang merentangi hubungan mereka terungkai dengan mudah. Lebih dari itu, dia cukup terkesan apabila Fifi menjaga ibunya yang kurang sihat ketika mengerjakan ibadah dengan baik.

Justeru, mereka terus sepakat untuk mengikat tali pertunangan pada 20 Julai lalu sebelum memilih tarikh 'cantik' 08/08/08 untuk disatukan. Ditanya mengapa angka lapan menjadi pilihan, Feriz menyatakan angka itu banyak berlegar dalam hidupnya. Dari lantai pejabat, plat kereta hinggalah nombor telefon, angka itu sering ditakdirkan muncul. Secara kebetulan, angka itu juga jatuh pada hari Jumaat yang sememangnya diidam-idamkan oleh mereka berdua kerana keberkatan penghulu hari.

RESEPSI 17 OGOS INI

Dalam majlis yang dihadiri oleh rakan taulan serta saudara mara terdekat semalam, Fifi yang dinikahkan sendiri oleh bapanya, Saharuddin Othman, 56 menerima mas kahwin RM 1,000 beserta wang hantaran berjumlah RM 50,000. Pihak pengantin lelaki turut membawa bersama tujuh dulang hantaran berona emas yang terdiri daripada sirih junjung, mas kahwin beriringan wang hantaran, cincin berlian habib Jewels bernilai RM 20,000 yang diserikan dengan bunga rampai, jubah muslimah, kek, wangian Bvlgari serta telefon bimbit HTC Diamond. Pihak pengantin perempuan pula membalas dengan sembilan dulang hantaran berona perak berupa sirih junjung, cincin Bvlgari bernilai RM 4,000, bunga rampai, buah-buahan, kek, coklat Patchi, wangian Carolina Herrera, telefon bimbit HTC Diamond dan pencukur elektrik Braun.

Kedua-dua mempelai yang setia memilih rekaan khas daripada Calvin Thoo dari majlis pertunangan hinggalah majlis persandingan ini bakal diraikan sekali lagi pada 17 Ogos ini di Sime Darby Convention Centre dalam satu majlis resepsi bertemakan "Perkahwinan Di-Raja".


AKHBAR UTUSAN MALAYSIA : FIFI, FERIZ KINI SUAMI ISTERI Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA

KUALA LUMPUR 8 Ogos - Pengacara terkenal, Fifi atau Noor Hafiza Saharuddin selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Feriz Omar, 37, hari ini yang juga merupakan Presiden Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (ProWaris).

Selain menerima wang hantaran RM50,000, bekas pengacara rancangan Bersamamu TV3 itu juga menerima mas kahwin sebanyak RM1,000 selain tujuh dulang hantaran berwarna emas daripada Feriz.

Fifi, 25, pula membalas sembilan dulang hantaran berwarna perak antaranya sirih junjung, bunga rampai, kek, buah-buahan dan minyak wangi.

Pasangan berkenaan dinikahkan oleh bapa Fifi, Saharuddin Othman, 56, di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar di sini pada pukul 9.30 pagi.

Bibit-bibit percintaan pasangan itu mula bercambah pada penghujung Mac lalu sejak pertemuan pertama mereka di TV9 pada tahun 2006.

Ketika ditemui selepas majlis akad nikah itu, Fifi dan Feriz tidak putus-putus memanjatkan kesyukuran kerana kelancaran majlis tersebut.

"Syukur pada Allah kerana majlis pernikahan kami berjalan lancar, doakanlah agar jodoh kami kekal selamanya.

"Fifi sudah buat keputusan, selepas ini akan lebih fokus kepada keluarga dan bidang pengacaraan. Untuk lakonan, insya-Allah drama Qasidah Buat Laila adalah yang terakhir Fifi lakonkan," katanya.

Majlis resepsi pasangan itu bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara di sini pada 17 Ogos ini.

Pasangan tersebut kemudiannya akan bertolak ke Tanah Suci Mekah dan Madinah untuk berbulan madu sambil mengerjakan umrah.

AKHBAR KOSMO : FERIZ - FIFI SELAMAT DIIJABKABUL

KUALA LUMPUR, 9 Ogos 2008 - BERTEMU JODOH. Mereka berkenalan sejak dua tahun lalu dan sekadar bersahabat biasa, namun penghujung Mac 2008 cinta mula berputik dan semalam mereka diijabkabul sebagai suami isteri.

Itu perjalanan cinta bekas pengacara program Bersamamu TV3 Fifi atau nama sebenarnya Noor Hafiza Saharuddin, 25, dan Feriz Omar, 37, yang selamat bernikah di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar, Kuala Lumpur semalam.

Kedua mempelai dinikahkan bapa Fifi, Saharuddin Othman, 56, di hadapan Imam Besar merangkap Jurunikah masjid, Hazman Hashim, 33, pada pukul 9.30 pagi.

Dengan mas kahwin RM1,000 dan hantaran RM50,000, Feriz yang merupakan Presiden Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris bangsa (Prowaris) itu sah menjadi suami Fifi selepas satu lafaz akad nikah.

Dalam pada itu, pihak pengantin lelaki menghantar tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang daripada pihak perempuan termasuk sirih junjung, kek coklat, set pewangi, pakaian dan buah-buahan.


AKHBAR METRO : HARI BAHAGIA 4 PERSONALITI
Oleh Norhayati Nordin, Ahmad Elrafaei Sapi, Wan Asrudi Wan Hasan dan Rudy Imran Shamsudin am@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR, 9 Ogos 2008 : Tarikh 8.8.08 semalam menjadi pilihan empat personaliti mengabadikannya sebagai hari bersejarah mereka.

Bekas pengacara program Bersamamu di TV3, Noor Hafiza Saharuddin atau Fifi, 25, diijab kabul dengan pakar penganalisis politik dan ekonomi merangkap Presiden Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (ProWaris), Feriz Omar, 37.

Majlis akad nikah itu diadakan kira-kira jam 9.30 pagi di Masjid Abu Bakar As Siddiq, Bangsar.

Pengacara Wanita Hari Ini (TV3), Nor Azzura Azizul Azman atau Azzura, 24, dan pasangannya, Zain Azrai Dr Zaaba, 27, dinikahkan di Madrasah Islamiah Cheras Baru selepas solat Asar oleh Ustaz Husnul Yaqin.

Seorang lagi personaliti TV3, Nurhaizi Rani atau Haizi, 29, mengakhiri zaman bujang dengan ahli perniagaan, Ahmad Fazlan Abd Aziz, 42, di kediamannya di Bukit Antarabangsa.

Pasangan itu dinikahkan sendiri bapa Haizi, Mohd Rani Ab Ilah, 55.
Anggota Ruffedge, Mohd Kamarulzaman Zain Abdul Hamid atau Zain, 30, pula selamat disatukan dengan gadis pilihan, Khazmira Anuar, 25, di Taman Desa Kenanga, Semenyih, pada jam 10 malam.

Pasangan merpati dua sejoli itu dinikahkan Penolong Pendaftar Nikah Qariah Masjid Raja Muda Musa, Semenyih, Ahmad Shuhaimi Md Isa.

Pada majlis itu, Khazmira menerima wang hantaran, RM11,883, mas kahwin (RM80) dan hantaran tujuh berbalas sembilan. Tidak ketinggalan, cincin untuk acara batal air sembahyang.

Mengimbas detik pertemuannya dan suami, Fifi berkata mereka berkenalan pada 2006, namun mula rapat pada Mac lalu selepas bersua di Masjid Abu Bakar As Siddiq.

Justeru, mereka sepakat bernikah di masjid itu dengan hanya dihadiri ahli keluarga serta kenalan.

Di majlis pernikahan itu, Fifi menerima wang hantaran RM50,000 berserta mas kahwin RM1,000, termasuk tujuh dulang hantaran berbalas sembilan.

Pasangan berkenaan mengikat pertunangan pada 20 Julai lalu.

Fifi yang bersyukur majlis pernikahannya berlangsung lancar, berkata dia dan suami sepakat memilih semalam untuk majlis akad nikah.

Malah, dia menyimpan impian menjadi isteri solehah buat suami tersayang itu.

Azzura pula berkata, perkenalannya dengan suami menerusi rakan kira-kira enam tahun lalu ketika melanjutkan pengajian di universiti.

Ketika itu, dia mengikuti kursus Diploma Seni Persembahan (Perfileman) di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam manakala suami dalam Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Tenaga Nasional (Uniten).

Pada majlis pernikahan itu, Azzura menerima wang hantaran RM12,000 bersama 13 hantaran berbalas 15.

Katanya, mengikut kepercayaan Cina, tarikh 8.8.08 dianggap membawa tuah kepada pasangan yang mendirikan rumah tangga.

Haizi bersyukur kerana majlis bersejarahnya direstui kedua-dua keluarga dan berlangsung dalam majlis ringkas tetapi meriah.

Dia menerima wang hantaran RM20,000 berserta mas kahwin RM1,000 dan hantaran tujuh berbalas 12 dulang.

Mengikut perancangan, pasangan itu akan mengadakan majlis resepsi di Dewan Tun Rahah pada 17 Ogos ini.


FERIZ OMAR - SINOPSIS

Feriz Omar (37) anak Melayu Bugis yang lahir daripada keluarga yang terlibat dalam bidang politik sekian lama ini mendapat pendidikan awalnya sepertimana anak-anak Johor yang lain di Sekolah Agama Rakyat dan English College Johor Bahru sebelum melanjutkan pengajian beliau dalam bidang perakaunan dan kewangan di United Kingdom.

Beliau kemudiannya diberi latihan intensif serantau dalam bidang ekonomi dan perbankan pelaburan (Investment Banking) sesuai dengan jawatan yang dipegang beliau, Penasihat Khas kepada YBhg Tan Sri Abdul Rashid Hussain, bekas Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Perkumpulan Rashid Hussain Berhad sehingga tahun 2000 sebelum beliau berhijrah ke PriceWaterhouseCoopers, sebuah rangkaian firma perakaunan dan jururunding kewangan terbesar dunia pada ketika itu.

Feriz, seawal umur 33 tahun dilantik menjadi Pengarah Malaysian International Merchant Bankers Berhad (MIMB) dan pernah mengukir sejarah pada tahun 1994 dilantik menjadi Presiden Persatuan Pelajar Antarabangsa De Montfort University dan dipilih khas untuk bertemu HRH Queen Elizabeth di England membincangkan perihal isu-isu semasa antarabangsa.

Bersama beberapa pakar ekonomi, ahli perbankan pelaburan (Investment Bankers) dan seorang bekas Pengarah Urusan sebuah bank terkemuka di Malaysia, Feriz kini menerajui firma Feriz Omar & Partners (Strategist & Advisors), dan memegang jawatan Pengarah Urusan Chenderong Petroleum Sdn Bhd serta Pengerusi Eksekutif Perkumpulan Chenderong Bersekutu.

Sebagai aktivis pula, beliau dilantik menjadi Pengerusi Tabung Omar Al-Warith.

Feriz Omar adalah Pengasas, Peneraju Utama serta Presiden Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (ProWaris) sebuah pertubuhan yang mewakili ribuan ahli-ahli professional Melayu di dalam dan luar negara. Hari ini, ProWaris berdiri megah sebagai salah sebuah pertubuhan paling berpengaruh bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dalam Majlis Permuafakatan NGO-NGO Malaysia (MAPAN) dengan ratus ribuan ahli dari pelbagai persatuan, kelab serta pertubuhan di dalam dan luar Malaysia.

FERIZ OMAR – 100% TEPAT DALAM RAMALAN DAN ANALISA

Feriz Omar terkenal dalam memberikan ramalan dan penganalisaan secara BERANI, RADIKAL dan PRAKTIKAL. Sejauh ini, hujah serta fakta beliau adalah 100% tepat dalam temuramah di pelbagai media massa seperti dalam ulasan PRU Ke-12 di TV3; Hujah TV9; ASTRO Awani dan Radio 24 beberapa bulan yang lalu.

Dalam satu wawancara TV3 yang disiarkan secara langsung, Feriz telah meluahkan pendapatnya bahawa;

1. Barisan Nasional akan kalah teruk dalam PRU Ke-12 akibat protes Rakyat Malaysia terhadap kepimpinan tertinggi negara;
2. Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah merupakan Menteri Kabinet paling layak menggantikan Dato’ Seri Rafidah Aziz, bekas Menteri Perdagangan Antrabangsa dan Industri;
3. Isu kepimpinan Dato’ Seri Samy Vellu perlu ditamatkan segera;
4. Kemungkinan kekalahan Dato’ Seri Shahrizat Abdul Jalil kepada Nurul Izzah atas faktor pencalonan dan umur yang tidak sesuai;

telahpun menjadikan Feriz Omar sebagai pakar penganalisis politik dan ekonomi negara yang konsisten dan sangat relevan berbanding dengan kebanyakkan penganalisis lain yang lebih berminat untuk mensensasikan isu-isu politik dan ekonomi semasa demi kepentingan peribadi.


BERITA HARIAN - BERTENTANG MATA: 'TAK PATUT RAHSIA SIASATAN MRR2'

Prowaris desak kerajaan dedah masalah jejambat

KURANG empat hari sebelum Jejambat Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) meraikan 'ulang tahun' keempat sejak diarah ditutup buat kali pertama pada 8 Ogos 2004 akibat keretakan 31 daripada 33 tiangnya, pagi semalam sekali lagi jejambat sepanjang 1.7 kilometer itu diarah ditutup. Ikuti temu bual wartawan Mohamed Farid Noh bersama Presiden Generasi Profesional dan Pewaris Bangsa (Prowaris), Feriz Omar yang mengulas isu itu.

Adakah Prowaris kecewa apabila sekali lagi MRR2 diarah tutup selepas mengemukakan memorandum kepada kerajaan meminta penyelesaian masalah keretakan tiang termasuk mendedahkan laporan punca keretakan kepada umum, dua tahun lalu?

Semestinya Prowaris kecewa. Kerajaan tidak ada alasan untuk tidak mendedahkan laporan syarikat perunding penyiasat, Halcrow Group Ltd (Halcrow) bagi membolehkan masyarakat mengetahui punca sebenar keretakan dan pihak yang sepatutnya bertanggungjawab.

Masyarakat berhak diberikan penjelasan punca keretakan dan masalah MRR2 kerana pembinaannya menggunakan wang rakyat. Isu MRR2 ini perlu disiasat dengan terperinci, selain mendedahkan punca masalahnya.

Apa lagi tindakan yang dirasakan wajar diambil dalam menyelesaikan isu MRR2 ini?

Pertama sekali, dedahkan segera hasil laporan Halcrow kepada umum supaya penilaian dapat dibuat. Rakyat mahu tahu pendapat pakar mengenai hasil siasatan sebelum ini. Apa gunanya melantik pakar runding luar dibayar mahal. Adakah pihak tertentu takut atau adakah saranan serta nasihat mereka tidak dipatuhi hingga MRR2 kini terpaksa ditutup sekali lagi. Prowaris juga mahu kerajaan membenarkan Badan Pencegah Rasuah (BPR) membuka fail projek MRR2 dan dedahkan laporannya secara terbuka.

Apakah kepentingan laporan Halcrow itu didedahkan kepada umum?

Kita mahu tahu siapa akan bertanggungjawab sekiranya jejambat itu ditakdirkan runtuh, adakah firma perunding, kerajaan Malaysia atau Kementerian Kerja Raya yang bersalah. Dalam isu ini, kita tidak dapat mengenal pasti pihak mana yang melakukan kesilapan sehingga boleh mengancam ribuan nyawa. Kita perlu mengambil iktibar dengan tragedi Jambatan Missisippi yang runtuh sehingga mengorbankan 13 orang, manakala ratusan lagi tercedera.

Apakah risiko serta kesannya kepada pengguna jika masalah MRR2 tidak diatasi segera?

Menteri Kerjaraya sebelum ini, Datuk Seri S Samy Vellu sendiri mengakui sebelum ini MRR2 mengalami masalah reka bentuk dan struktur yang menimbulkan kebimbangan umum tetapi tiada penyelesaian menyeluruh dilakukan. Adalah malang jika MRR2 runtuh kerana dikhuatiri akan menimbulkan malapetaka lebih besar.


MOGOK BESAR-BESARAN PROFESIONAL MELAYU DIRAMAL BERMULA Oleh Media ProWaris

PRODUKTIVITI NEGARA DIRAMAL AKAN JATUH KE TAHAP TERENDAH; WAWASAN EKONOMI 2020 MALAYSIA TIDAK AKAN TERCAPAI

WWW.FERIZOMAR.COM WWW.FERIZOMAR.COM WWW.FERIZOMAR.COM



PUTRAJAYA, 8 Julai 2008 | 5 Rejab 1429H - Presiden Pertubuhan Profesional Melayu & Pewaris Bangsa (ProWaris) dalam temuramah hari ini menyatakan bahawa beliau khuatir sekiranya berlaku kempen “Work To Rule” iaitu mogok di kalangan Ahli-Ahli Profesional secara terancang dan besar-besaran.

Feriz Omar, Presiden ProWaris yang juga merupakan Rakan Kongsi Utama firma Feriz Omar & Partners (Strategists & Advisors), yang sering dirujuk bagi perihal perkembangan politik dan ekonomi dalam dan luar negara merasakan bahawa terdapat begitu banyak faktor yang boleh mendorong Ahli-Ahli Profesional mengambil tindakan demikian. Antaranya adalah kerana isu kenaikan harga minyak yang melambung tinggi secara mendadak; isu kelemahan dan kegagalan pemimpin tertinggi negara menyelesaikan ketidak-seimbangan politik dalaman negara; isu kenaikan inflasi negara yang kritikal dan isu Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) yang langsung tidak diendahkan dan dianggap remeh-temeh oleh Kerajaan Malaysia.

ISU KENAIKAN HARGA MINYAK DAN INFLASI

Feriz dalam temubual hari ini dapat menerima hakikat bahawa harga minyak perlu dinaikkan seiring dengan harga minyak antarabangsa namun bukanlah pada kadar yang begitu tinggi dan secara mendadak. ”Kerajaan Barisan Nasional perlu ingat bahawa pacuan ekonomi mana-mana negara di dunia bergantung penuh kepada kos bahan api. Kegagalan Kerajaan membuat unjuran pendapatan dan penggunaan dana melalui subsidi secara tepat menunjukkan bahawa Kerajaan hari ini yang dipimpin oleh Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi adalah cuai, lemah dan tidak kompeten! ” kata beliau dalam nada yang serius.

”Ini termasuklah hakikat bahawa sejak Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mengambil-alih tampuk pentadbiran negara, Kerajaan Malaysia ternyata gagal dalam melambakkan peluang dan menambahkan pendapatan negara dalam pelbagai industri berbanding tahun-tahun yang lalu sehingga memaksa jumlah subsidi minyak digunakan untuk keperluan-keperluan lain” ujar beliau.

Feriz juga kesal dengan saranan Kerajaan untuk mengurangkan kos perbelanjaan sekalipun inflasi naik secara mendadak. Pada pendapat penganalisis politik dan ekonomi itu, katanya ”Kerajaan sepatutnya menggalakkan Rakyat Malaysia agar berusaha ke arah penambahan pendapatan dan bukan hanya berkempen untuk mengurangkan pelbagai elaun dan kos sara hidup. Mengurangkan kos sara hidup bermaksud menyeru agar Rakyat untuk tidak berbelanja. Apabila Rakyat tidak berbelanja, aliran tunai dalam negara akan berkurangan dan akhirnya, aktiviti menjadi statik dan ekonomi turut mengecut. Kedudukan ”rating” negara terjejas, pelaburan asing berkurangan dan kos kewangan bertambah. Akhirnya, kacau bilau akan berlaku dan kestabilan ekonomi dan politik negara tergugat”.

KETIDAK-SEIMBANGAN POLITIK DALAMAN NEGARA

Apabila di minta Feriz Omar mengulas tentang isu politik dalam negara, beliau memberikan pandangan berikut; ”Isunya sangat rumit dan semakin menyukarkan terutamanya apabila isu Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi yang boleh dikatakan sangat ramai menyifatkannya sebagai Pemimpin Melayu Paling Lemah Dalam Sejarah 50 tahun Malaysia, isu pandangan dan pendapat mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed yang sering diketepikan dan dibekukan, tuduhan kes liwat keatas Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan tuduhan penglibatan Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Dato’ Seri Najib Tun Razak dalam kes Altantuya Sharibu menunjukkan bahawa sebenarnya kepimpinan tertinggi negara telah gagal mengimbangi senario politik dalaman dan laporan media massa serta alternatif”. Beliau seterusnya membuat kesimpulan bahawa Malaysia sedang mengalami proses ”transisi” ekonomi dan politik.

Tegas Feriz lagi “Dalam ”transitional period” ini, Rakyat Malaysia tidak perlu lagi bergantung harap terhadap “old guards” ataupun muka-muka lama. Sikap bergantung harap kepada muka-muka lama (yang mana sesetengahnya telah uzur dari pemikiran idea) inilah yang membuatkan kita susah dan payah untuk melakukan perubahan terhadap pemikiran bangsa dan menentukan hala tuju negara”.

“Dato’ Seri Abdullah Badawi, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Dato’ Seri Najib Razak adalah merupakan 4 pemimpin terdahulu yang sepatutnya sudah boleh ditukar ganti oleh pemimpin-pemimpin baru yang diyakini oleh Rakyat Malaysia layak dan bersedia untuk mengambil-alih tampuk pentadbiran negara. Salah seorang daripada jutaan Rakyat Malaysia pasti boleh mengisi jawatan tersebut pada bila-bila masa. Akibat pertembungan 4 pemimpin lama inilah, kita bertegang-urat, bermaki-hamun dan berpecah-belah sesama sendiri. Saya sangat merasakan rakyat Malaysia sudah mula berasa mual dan bosan dengan paparan akhbar harian yang melaporkan kerenah pemimpin-pemimpin yang tidak ubah seperti perkelahian anak-anak kecil. Kelihatan seolahnya tidak matang dan jika dibiarkan berlarutan lambat laun pastinya menjengkelkan”.

ISU WILAYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR (WPI)

Dalam kecelaruan ekonomi dan politik negara, Feriz kelihatan sangat risau jika orang asing akan mengambil kesempatan untuk mendominasi kedudukan mereka di Malaysia. Feriz memberitahu ”Bangsa luar yang begitu mantap kekuatan ekonominya sentiasa mengawasi peluang untuk merebut masuk di dalam negara. Seperti yang berlaku semasa Syarikat Hindia Timur menakluki Tanah Melayu, kita juga tidak akan terdaya melawan kekuatan Kaum Cina Singapura melalui syarikat pelaburan dan wang mereka apabila mereka “dijemput” dan menyelinap masuk mengembangkan ekonomi mereka di negara kita”.

Feriz menegaskan, “Jelas, kerajaan hari ini semakin melampau dan melupai asal-usul kerana melalui WPI, bukan sahaja pintu negara Malaysia dikangkangkan seluas-luasnya malahan hamparan merah pula dibentangkan untuk Kaum Cina Singapura datang meraut keuntungan di negara kita sewenang-wenangnya”.

Bagi beliau, “Bukan salah anak-anak Profesional menentang WPI. Sebahagian besar di antara mereka telah dilatih dan diasuh untuk mendendangkan dan benar-benar memahami maksud lagu ”Anak Kecil Main Api” setiap hari ketika di bangku sekolah agar mereka tidak mengulangi kesilapan datuk, nenek, moyang mereka seperti yang berlaku sekarang di bawah pentadbiran lemah Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi”.

“Kita tidak nafikan bahawa ada di kalangan kita mendapat pendidikan awal di luar negara sejak kecil lagi atau yang mendapat pendidikan di Ivy League Universities seperti Oxford tidak berkesempatan belajar lagu tersebut sehingga mungkin membuatkan mereka lalai dan sanggup menggadaikan harta dan kedaulatan Agama Islam dan Bangsa Melayu” ujar beliau lagi.

WORK TO RULE – MOGOK PROFESIONAL MELAYU

Presiden ProWaris itu amat khuatir akan berlakunya mogok Profesional Melayu secara besar-besaran atau istilah Inggerisnya “Work To Rule”. Tidak lama dahulu, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) pernah cuba memberi mesej kepada Kerajaan Malaysia bahawa mereka mahukan kenaikan gaji seiring dengan kenaikan gaji pegawai kerajaan yang lain.

Istilah “Work To Rule” bermaksud bekerja dengan tujuan untuk mengurangkan produktiviti tanpa melanggari undang-undang”.

Ramalan Feriz, ”Percayalah bahawa Ahli-Ahli Profesional diramal akan menggunakan kaedah mogok yang sama. Bezanya adalah mereka secara fizikal akan bekerja seperti biasa mengikut polisi majikan masing-masing namun secara senyap-senyap mereka akan mengurangkan produktiviti harian mereka”.

Tidak kira sama ada mereka bekerja di sektor awam mahupun swasta, Feriz dapat merasakan keluhan negatif Ahli-Ahli Profesional terhadap Kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi. Isu kelemahan Perdana Menteri sebenarnya telah memberikan tekanan dahsyat ke atas mereka sehingga boleh mendorong mereka mengisytiharkan “Work To Rule”, suatu tindakan keras oleh golongan Profesional tanpa disedari oleh majikan dan tanpa dapat dibuktikan melanggar polisi ataupun mana-mana undang-undang.

Feriz memberi gambaran bahawa apabila seorang Profesional dalam pihak pengurusan organisasi sektor awam mahupun swasta masuk bekerja seperti biasa, jam 9.00 pagi dan balik jam 5.00 petang setiap hari, majikannya tidak akan tahu bahawa Profesional tersebut sedang mengamalkan “Work To Rule” terhadap majikan mahupun kerajaan. Bayangkan sekiranya Profesional tersebut secara purata mengangkat telefon untuk melayan 30 pelanggan sehari tetapi membuat keputusan untuk mengangkat telefon 5 kali sahaja sehari, kesannya amat besar kerana ia mengakibatkan penurunan produktiviti sehingga 80% sehari.

Ujarnya lagi, ”Itu pun baru seorang Ahli Profesional. Kita tidak dapat mengukur betapa dahsyat kesannya sekiranya ia dipraktikkan oleh sejumlah besar. Mungkin tidak perlu semua tetapi jika hanya 50% daripada jumlah Ahli-Ahli Profesional di Malaysia terlibat, kesannya sudah pasti serius!”.

PELBAGAI KAEDAH “WORK TO RULE”

Seorang Ahli Profesional yang menganjurkan “Work To Rule” boleh mempraktikkannya dengan menggunakan peluang sepenuhnya masa rehat untuk minum pagi, makan tengahari dan minum petang; Ahli Profesional juga boleh mengambil keputusan untuk tidak bekerja lebih masa atau “overtime” atas pelbagai alasan; Ahli Profesional boleh juga bertegas untuk tidak melakukan pekerjaan di luar bidang kerjaya atau ”Scope of Work” yang dipersetujui; dan Ahli Profesional boleh memulakan dan menamatkan kerja harian tepat pada masa, tidak sesaat lebih.

Kajian Feriz menunjukkan bahawa kes-kes seperti ini telah banyak berlaku di negara-negara seperti di Itali, Rusia dan beberapa negara lagi di mana wujudnya kepimpinan negara yang lemah dalam mentadbir urus ekonomi. Contohnya seperti yang berlaku di negara Itali pada pertengahan kurun ke-20 di mana kempen “Sciopero Bianco” atau “White Strike” dianjurkan.

Feriz berpendapat, “Kalau dikaji, pengucupan produktiviti negara ekoran dari “Work To Rule” ini akan mengakibatkan kerugian berbilion ringgit dari pelbagai industri dan akhirnya, pendapatan negara melalui cukai koperat serta individu juga akan terjejas. Situasi ini akhirnya akan mengakibatkan ekonomi terlumpuh dan tidak dapat dinafikan pergolakan akar umbi juga mungkin boleh berlaku”.

Feriz menasihatkan agar Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Dato’ Seri Abdullah supaya mengenalpasti punca dan penyelesaian kepada permasalahan ini sebelum ianya benar-benar berlaku.

KESIMPULAN

Presiden ProWaris dalam kata-kata terakhirnya menegaskan bahawa ”Golongan Profesional adalah komuniti terpenting Malaysia kerana kedudukan mereka sebagai golongan yang mengimplementasi polisi-polisi kerajaan terhadap rakyat. Memandangkan kerjaya profesional itu sendiri adalah punca rezeki yang kurang menggunakan modal, dengan hanya berbekalkan ilmu dan pengalaman, bidang tersebut dipenuhi oleh ramai anak muda Melayu yang berjiwa radikal dan sentiasa mahukan perubahan”.

Mengimbau senario lalu, perubahan yang paling ketara yang dibuat oleh golongan Profesional ini dapat dilihat dalam kekalahan dahsyat Barisan Nasional didalam Pilihanraya Umum ke-12. Ini sebahagiannya adalah kerana komuniti Profesional adalah golongan penggerak rakyat dan komuniti paling layak menjadi Pemimpin di peringkat akar umbi. Ini adalah sesuatu yang kerajaan tidak dapat nafikan dan hakikatnya bagaikan sudah terang lagikan bersuluh. Memang sepatutnya kerajaan mengambil pengajaran dan memberikan tumpuan khas kepada permintaan serta perubahan yang dipromosikan oleh golongan ini sebelum Malaysia digegarkan sekali lagi dengan satu tamparan daripada mereka.

RENUNGAN

Mengimbas kembali, Feriz Omar - Presiden ProWaris pernah membuat ramalan dalam Rancangan Hujah TV9 yang telah disiarkan 2 minggu sebelum pilihanraya dan ulasan Pilihanraya Umum ke-12 (PRU12) di TV3 sebelum keputusan pilihanraya diumumkan, beliau menyatakan bahawa 70% daripada Profesional Melayu tidak akan mengundi Barisan Nasional dalam PRU12. Keputusan PRU12 menunjukkan ramalannya tepat malahan keputusannya lebih dahsyat daripada apa yang beliau jangkakan.

Adakah kemungkinan ramalan beliau kali ini mengenai mogok Ahli-Ahli Profesional melalui “Work To Rule” ini akan berlaku ataupun sudah bermula? Jika ya, apakah benar ianya akan memberi kesan terhadap produktiviti negara dan akhirnya, mengakibatkan Wawasan Ekonomi 2020 tidak tercapai? Kita akan membuat ulasan dalam penganalisaan ekonomi pada penggal ketiga 2008 nanti.

FERIZ OMAR - SINOPSIS

Feriz Omar (37) anak Melayu Bugis yang lahir daripada keluarga yang terlibat dalam bidang politik sekian lama ini mendapat pendidikan awalnya sepertimana anak-anak Johor yang lain di Sekolah Agama Rakyat dan English College Johor Bahru sebelum melanjutkan pengajian beliau dalam bidang perakaunan dan kewangan di United Kingdom.

Beliau kemudiannya diberi latihan intensif serantau dalam bidang ekonomi dan perbankan pelaburan (Investment Banking) sesuai dengan jawatan yang dipegang beliau, Penasihat Khas kepada YBhg Tan Sri Abdul Rashid Hussain, bekas Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Perkumpulan Rashid Hussain Berhad sehingga tahun 2000 sebelum beliau berhijrah ke PriceWaterhouseCoopers, sebuah rangkaian firma perakaunan dan jururunding kewangan terbesar dunia pada ketika itu.

Feriz, seawal umur 33 tahun dilantik menjadi Pengarah Malaysian International Merchant Bankers Berhad (MIMB) dan pernah mengukir sejarah pada tahun 1994 dilantik menjadi Presiden Persatuan Pelajar Antarabangsa De Montfort University dan dipilih khas untuk bertemu HRH Queen Elizabeth di England membincangkan perihal isu-isu semasa antarabangsa.

Bersama beberapa pakar ekonomi, ahli perbankan pelaburan (Investment Bankers) dan seorang bekas Pengarah Urusan sebuah bank terkemuka di Malaysia, Feriz kini menerajui firma Feriz Omar & Partners (Strategist & Advisors), dan memegang jawatan Pengarah Urusan Chenderong Petroleum Sdn Bhd serta Pengerusi Eksekutif Perkumpulan Chenderong Bersekutu.

Sebagai aktivis pula, beliau dilantik menjadi Pengerusi Tabung Omar Al-Warith.

Feriz Omar adalah Pengasas, Peneraju Utama serta Presiden Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (ProWaris) sebuah pertubuhan yang mewakili ribuan ahli-ahli professional Melayu di dalam dan luar negara. Hari ini, ProWaris berdiri megah sebagai salah sebuah pertubuhan paling berpengaruh bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dalam Majlis Permuafakatan NGO-NGO Malaysia (MAPAN) dengan ratus ribuan ahli dari pelbagai persatuan, kelab serta pertubuhan di dalam dan luar Malaysia.

FERIZ OMAR – 100% TEPAT DALAM RAMALAN DAN ANALISA

Feriz Omar terkenal dalam memberikan ramalan dan penganalisaan secara BERANI, RADIKAL dan PRAKTIKAL. Sejauh ini, hujah serta fakta beliau adalah 100% tepat dalam temuramah di pelbagai media massa seperti dalam ulasan PRU Ke-12 di TV3; Hujah TV9; ASTRO Awani dan Radio 24 beberapa bulan yang lalu.

Dalam satu wawancara TV3 yang disiarkan secara langsung, Feriz telah meluahkan pendapatnya bahawa;

1. Barisan Nasional akan kalah teruk dalam PRU Ke-12 akibat protes Rakyat Malaysia terhadap kepimpinan tertinggi negara;
2. Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah merupakan Menteri Kabinet paling layak menggantikan Dato’ Seri Rafidah Aziz, bekas Menteri Perdagangan Antrabangsa dan Industri;
3. Isu kepimpinan Dato’ Seri Samy Vellu perlu ditamatkan segera;
4. Kemungkinan kekalahan Dato’ Seri Shahrizat Abdul Jalil kepada Nurul Izzah atas faktor pencalonan dan umur yang tidak sesuai;

telahpun menjadikan Feriz Omar sebagai pakar penganalisis politik dan ekonomi negara yang konsisten dan sangat relevan berbanding dengan kebanyakkan penganalisis lain yang lebih berminat untuk mensensasikan isu-isu politik dan ekonomi semasa demi kepentingan peribadi.




TOKOH KATALIS KEBANGKITAN ISLAM PILIHAN PROWARIS : SALAHUDDIN AL-AYUBI

Industri filem barat telah berjaya memaparkan sebuah filem bertajuk "The Kingdom of Heaven" arahan Ridley Scott. Sekalipun telah mendapat kritikan dahsyat daripada sebahagian besar masyarakat barat, filem yang telah berjaya di peringkat "Box Office" ini sekurang-kurangnya telah mengimbangi kedudukan Islam di tengah-tengah konflik Israel-Palestin dan kekeliruan di kalangan masyarakat antarabangsa mengenai Islam. 

Filem tersebut juga telah membuat ahli-ahli Profesional Melayu terpegun dengan kehebatan dan kemulian Salahuddin Al-Ayubi sebagai salah seorang tokoh Kebangkitan Islam. 

Salahuddin Sebagai Tokoh Katalis Kebangkitan Islam

Salahuddin dibesarkan sama seperti anak-anak orang Kurdis biasa. Pendidikannya juga seperti orang lain, belajar ilmu-ilmu sains di samping seni peperangan dan mempertahankan diri. Tiada seorangpun yang menyangka sebelum ia menguasai Mesir dan menentang tentera Salib bahawa anak Kurdis ini suatu hari nanti akan merampas kembali Palestin dan menjadi pembela akidah Islamiah yang hebat.

Untuk mengetahui lebih lanjut, ikutilah . . .

BANGSA MELAYU AKAN TERUS GAGAL SEHINGGALAH MEREKA DAPAT MENGENAL DIRI MEREKA SENDIRI

Sempena sambutan Maal Hijrah 1426, Feriz Omar dengan beraninya mengambil jalan radikal untuk menyemarakkan kebangkitan anak Bangsa Melayu melalui penulisan beliau mengenai Islam dan Melayu serta hala tuju Bangsa Melayu masa hadapan.

Bangsa Melayu Telah Hilang Identitinya Sendiri

Soalan "Siapakah aku sebagai seorang Melayu?" sudah menjadi soalan rumit yang boleh membuat ramai di antara kita tergamam dan tidak mampu menjawab. Sekiranya akta tidak menyebut bahawa seorang Melayu itu adalah seorang yang beragama Islam dan mengamalkan adat budaya Melayu, pastinya kita masih lagi mengambil masa yang lama untuk menjawab soalan "Siapakah aku sebagai seorang Melayu?"

Melayu hari ini tidak mempunyai Kod Bangsa sendiri. Adalah lebih mudah sekiranya kita hidup di Zaman Kesultanan Melayu Melaka kerana Adat Temenggong dijadikan sebagai Kod Melayu harian yang digunakan dalam pelbagai senario kehidupan sebagai seorang Melayu. Kod sesuatu bangsa adalah dasar penting sebagai pemacu kebangkitan bangsa tersebut. Seperti kebangkitan bangsa-bangsa lain di dunia, doktrin Nazi merupakan pemacu kebangkitan Bangsa Jerman di zaman Hitler, Bangsa Jepun pula sehingga hari ini masih berpegangkan kepada Konsep Bushido, Bangsa China dengan falsafah Confucsius dan Bangsa Yahudi dengan Doktrin Zionis.
Tanpa mengenal diri sendiri, bangsa Melayu akan menjadi di antara bangsa di dunia yang mudah dipengaruhi dan lemah. Terimalah hakikat bahawa Bangsa Melayu pada hari ini adalah seumpama orang buta yang teraba-raba untuk mencari jalan pulang ke rumah.

Daripada masalah sumbang muharam, penagihan dadah, masalah GRO dan seribu satu lagi isu generik yang membelenggu Bangsa Melayu itu sendiri, Bangsa Melayu hanya dapat bergantung kepada pemimpin-pemimpin yang dipilih untuk menyelesaikan masalah-masalah ini. Malangnya, harapkan pagar, pagar makan padi. Kebergantungan Bangsa Melayu kepada pemimpin-pemimpin politik yang terus mengamalkan budaya rasuah dan politik wang akhirnya menjadikan Bangsa Melayu terus lemah.

Bangsa Melayu Akan Terus Sesat Kerana Hidup Dalam Keadaan Penuh Curiga

Budaya rasuah dan politik wanglah yang membuatkan Bangsa Melayu sentiasa hidup dalam keadaan yang penuh curiga. Bukan saja kerana ketidak-percayaan kepada barisan kepimpinan tetapi ia merumitkan lagi urusan perniagaan dan ekonomi di kalangan ahli perniagaan bangsa Melayu itu sendiri. Ini akhirnya membuat Bangsa Melayu mengalih kepercayaan kepada bangsa lain dan mengakibatkan ekonomi Bangsa Melayu semakin mengecil.

Islam Adalah Pemacu Kebangkitan Empayar Melaka dan Merupakan Identiti Bangsa Melayu sebenar

Kajian membuktikan bahawa di zaman kegemilangan Melayu Melaka, kehebatan saudagar dari Timur Tengah memang terserlah. Mereka bukan hanya pedagang-pedagang yang pintar dan bijaksana malahan mempunyai budi pekerti yang mulia dan sentiasa berdisiplin dalam mentadbir-urus perdagangan mereka. Inilah sahsiah yang disanjung tinggi terbentuk daripada sifat kesyumulan agama Islam itu sendiri.

Maka dengan keunikan ini juga, ramai di antara anak-anak dara Bangsa Melayu pada ketika itu berkahwin dengan saudagar-saudagar Arab sehingga ia menjadi titik permulaan tersebarnya agama Islam serantau. Apabila generasi Melayu-Islam lahir daripada perkahwinan ini, budaya dan kepintaran untuk mentadbir-urus perdagangan terus diwarisi sehinggalah terbentuknya empayar Melayu Melaka dan Empayar Melayu Johor-Riau yang wujud lebih daripada 500 tahun lamanya.

Kita perlu menerima hakikat bahawa agama Islamlah merupakan tunggak kehebatan empayar Melaka sebenar. Kesatuan negara-negara di bawah taklukan jajahan Bangsa Melayu pada ketika itu daripada masyarakat Melayu Champa di Indochina sehinggalah Matarram di Pulau Jawa, Melayu-Islam pada ketika itu gagah gemilang.

Sekiranya kekuatan Bangsa Melayu dilihat daripada sudut tanpa sempadan, kesatuan Melayu boleh diwujudkan di kalangan Bangsa Melayu di Indonesia, Brunei, Singapura, Selatan Thailand, Indochina, Pulau Seychelles dan Afrika Selatan. Begitu juga kekuatan Islam sekiranya dilihat daripada sudut tanpa sempadan, ummat Islam sudahpun menakluki satu pertiga dunia.

Tetapi ummat Islam pada hari ini mengamalkan agama melalui 1000 definisi yang bercanggah dan sentiasa mempunyai perasaan curiga di kalangan sesama sendiri. Ini merupakan punca mengapa ummat Islam sentiasa hidup bersendirian tanpa kesatuan dan terpaksa bertindak secara ekstrim terhadap propoganda barat. Adalah lebih mudah untuk mematahkan propoganda barat sekiranya ummat Islam mempunyai sikap kebolehpercayaan yang tinggi sesama sendiri dan bergerak di dalam suatu kumpulan yang efektif. Untuk menuju ke arah ini, Islam yang kita amalkan perlu diterjemahkan di bawah satu definisi yang hakiki.

Terserah kepada Bangsa Melayu yang memimpin dan dipimpin. Sekiranya kita gagal mengiktiraf Islam sebagai identiti Bangsa Melayu sebenar, Bangsa Melayu akan terus gagal sehinggalah mereka dapat mengenal diri mereka sendiri.

Ya Allah, Semoga Melayu & Islam terus Gagah Gemilang.

FERIZ OMAR
1 Muharram 1426




KEBANGKITAN PROWARIS

Pada tahun 2001, di tengah-tengah kemelut pengantarabangsaan perdagangan, segelintir anak Melayu Professional menyedari bahawa keadaan ekonomi Bangsa Melayu malap akan terus dibelenggu oleh polisi yang bukan hanya boleh menyingkirkan Bangsa Melayu di arena ekonomi antarabangsa malahan juga di dalam negara.

Peratusan jumlah akauntan Melayu yang sebelum ini dijangka akan menerajui syarikat-syarikat koperat Melayu di Malaysia juga hanyalah sekitar 9% peratus bedasarkan statistik sebuah firma perakaunan terbesar di Malaysia pada ketika itu. Sekalipun jumlah ini hanya merupakan statistik sebuah firma perakaunan tetapi ia sudah cukup untuk mewakili jumlah sebenar industri perkhidmatan perkaunan negara memandangkan pelanggan firma tersebut terdiri daripada 1,000 syarikat terbesar di Malaysia.

Setelah berjuang melalui "silent strategy" selama 3 tahun, Barisan Peneraju asal ProWaris bercadang untuk mempromosikan dan melaungkan pekataan "Agenda Melayu & Islam" secara meluas demi membangkitkan anak bangsa.



WAHAI PEMIMPIN, INI PESANAN ANAK BANGSA oleh Abdul Jalil Haji Yusop
"HIDUP BUKAN QUE SERA SERA" : USAHA CAPAI KEPERIBADIAN UNGGUL BERGANTUNG KEPADA DIRI SENDIRI - TEMUBUAL BERSAMA PROFESOR DI-RAJA UNGKU AZIZ
PROWARIS MENYAHUT CABARAN PEMIMPIN-PEMIMPIN MELAYU UNTUK MEMAINKAN PERANAN SEBAGAI SALAH SEBUAH KATALIS KEBANGKITAN BANGSA MELAYU BERDAYA MAJU
Bangsa Melayu Akan Terus Gagal Sehinggalah Mereka Dapat Mengenal Diri Mereka Sendiri.
KRISIS TOL : PROWARIS MEMBERI PENERANGAN YANG MATANG
UMNO, PENYAMUN TARBUS ? Oleh Putra Baling
KRISIS GANGGUAN ELEKTRIK : PROWARIS MAHUKAN JAWAPAN TELUS DAN TULUS !
A MASSIVE EARTHQUAKE OFF THE COAST OF INDONESIA HAS KILLED HUNDREDS OF PEOPLE AND TRIGGERED TSUNAMI ALERTS AROUND THE INDIAN OCEAN
PROWARIS MENYAMBUT BAIK DI ATAS PELANCARAN WEB & KHIDMAT S.M.S. BARISAN NASIONAL BACK-BENCHERS CLUB
ISLAM PROGRESIF : SATU TINJAUAN AWAL

MENUKAR PERSEPSI ORANG MELAYU - SEPETANG BERSEMBANG BERSAMA UNGKU AZIZ
KETERBUKAAN DAN KOMUNIKASI DUA-HALA ADALAH AMALAN DEMOKRASI YANG SEBENARNYA
SETENGAH JUTA PELAJAR MELAYU BAKAL TERCICIR?
FOOD FOR THOUGHT
ANTARA MAKSIAT DAN PENCEGAH MAKSIAT
HANYA SECEBIS RINTIHAN
KEBEKUAN WACANA INTELEKTUAL PUNCA KELEMAHAN PAS
SIAPA LEBIH MELAYU ?
SEPETANG BERSEMBANG BERSAMA UNGKU AZIZ
"HIDUP BUKAN QUE SERA SERA" : USAHA CAPAI KEPERIBADIAN UNGGUL BERGANTUNG KEPADA DIRI SENDIRI - TEMUBUAL BERSAMA PROFESOR DI-RAJA UNGKU AZIZ
 
KERUGIAN MAS – LETAK JAWATAN APABILA INTEGRITI DIPERTIKAIKAN
MAS HAS PROMISED NOT TO SELL HQ BUILDING
BAGAI TINDAKAN KAKI JUDI Oleh Fuad Hadinata Yaacob
JANJI KEPADA TUN RAZAK - "PULANGKAN BANGUNAN MAS KEPADA KERAJAAN JIKA GAGAL DIURUS" Oleh: ZABRY MOHAMAD
Jual bangunan MAS tidak selesai masalah: Aziz
BERITA HARIAN : PROWARIS KELUARKAN MEMORANDUM MENGENAI B.P.R. & M.A.S.
KERAJAAN DIGESA KAJI SEMULA DASAR PENERBANGAN
SIDANG AKHBAR : PROWARIS KELUARKAN 2 MEMORANDUM KEPADA DYMM YANG DI-PERTUAN AGONG DAN PERDANA MENTERI
MEMORANDUM PROWARIS MEMERANGI RASUAH - MUSUH NOMBOR 1 NEGARA
MEMORANDUM PROWARIS MENEMPATKAN SEMULA SYARIKAT PENERBANGAN NASIONAL (MAS) KE TEMPAT KECEMERLANGANNYA



  • ProWaris adalah suatu usaha ke arah Kebangkitan Bangsa Melayu Berdaya Maju - Objektif - Vokal - Dinamis


  •  

    < Sept 2008 >
    I S R K J S A
    1 2 3 4 5 6 7
    8 9 10 11 12 13 14
    15 16 17 18 19 20 21
    22 23 24 25 26 27 28
    29 30