Akhirnya peranan agensi komunikasi sebagai salah satu alat membentuk keperibadian bangsa dan negara telah dibangkitkan oleh sahabat saya Prof Madya Mohamad Md Yusoff di ruangan ini. (Jumaat 28 January 2005, hal.7). Mungkin ini bukan pertama kali peranan agensi ini telah disentuh, tetapi peranan yang dimainkan olehnya, terutama tentang kesannya terhadap para pengguna, jarang, atau tidak banyak disentuh dan ditekankan.
Maka itu di sini, bukan saja saya akan memperkatakan tentang peranan penting dan kesan agensi komunikasi kepada sesebuah negara dan kepada dunia amnya, tetapi juga peranan apparatus/alat-alat lain untuk membina dan membentuk bangsa dan negara, akan juga saya sentuh..
Manakan pohon bergoyang tanpa ditiup angin. Benar. Sesuatu perkara berlaku tentunya bersebab; dan sebab-musebab itulah yang mendatangkan akibah. Maka itu, sebagaimana yang sering dilakukan oleh seseorang doktor, sesuatu masalah/penyakit hendaklah dicari punca/sebabnya dulu kalau hendak mendapatkan obat ataupun penyelesaiannya.
Pada hemat saya selama ini ramai telah memperkatakan tentang ?akibat? daripada sesuautu masalah, sepertimana juga yang cuba dihuraikan oleh Sdr Muhammad. Apa yang kita cuba mengatasi ialah pertanda-pertanda (symptoms) daripada punca/penyebab daripada sesuatu masalah. Apa yang sering dipererkatakan orang ialah ?symptoms? bukan ?causes? daripada permasalahan tersebut.. Dari sudut inilah yang sering kita cuba atasi terhadap sesuatu masalah masyarkat yang kita hadapi.
Puncha dan ?Sistem?
Adapun punca atau ?the cause? yang saya cuba memperkatakan itu saya sebutkan di sini sebagai ?sistem?. Sistem ialah satu jaringan alat atau apparatus untuk mempastikan sesuatu rancangan tersusun dapat dilaksanakan dengan berkesan oleh penerajunya. Misalnya, sistem pemerintahan.
Maka itu bagi melaksanakan sesuatu sistem pemerintahan negara untuk membina sesebuah bangsa, sistem-sistem tertentu yang berkesan hendaklah dibina serapi-rapinya guna memperlicinkan perjalanan dan pembentukan tersusun, teratur, dan secara berterusan pembinaan negara itu.
Agensi komunikasi adalah merupakan beberapa daripada sistem-sistem yang saya sebutkan itu, selain daripada sistem-saistem pendidikan, perundangan, ekonomi, politik, dan sebagainya.
Tiap-tiap daripada sistem tersebut mengakibat/melahirkan gejala/symptom-symtom tertentu.
Pendidikan
Misalnya, sistem pendidikan. Sistem pendidikan kita adalah berteraskan kepada apa yang dinamakan sistem ?seeing is believing? (kalau telah dilihat baru boleh dipercaya). Kita tidak pernah, pada masa yang sama, khsusnya pada masa lampau menekankan bahawa kalau ?tidak boleh dilihat juga boleh dipercayai wujudnya sesuatu? (unseen things could also be believed).
Dalam sistem ini kepandian/kepintaran otak semata-mata dipertekankan dan diperagung-agungkan. Maka kita lihat media memainkan peranan ?mendewa-dewakan? sama ada dengan sengaja/sedar atau tidak, mentelah lagi sedar atau mengetahui akan kesan daripada ?pendewa-dewaan? itu, tidak pernah menjadi pertimbangan/perkiraan utama kepada mereka. (Lagipun mana mereka punya masa untuk memikirkan hal ini?)
Sedarkah kita bahawa pendewa-dewaan seseorang akan mengakibatkan dia menjadi angkuh dan merasakan dia tidak pernah boleh melakukan kesalahan atau kekhilapan? Seperti Firun? Seperti sesetengah para pemimpin negara-negara tertentu dunia? Walaupun tujuannya baik bagi memotivasikannya supaya terus berusaha, tetapi kesan negatifnya juga harus diambil-kira. Pokoknya di sini, bilakah kita dapat memberhenti dan menetapkan satu garis pemisah diantara memuja memuji secara berlebihan dengan melakukannya secara sederhana,
Maka itu mendewa-dewakan seseorang pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dengan beberapa A, mugkin tidak begitu bijak kalau dilakukan secara berlebih-lebihan. Lagipun, sepertimana yang kita maklum keputusan-keputsan cemerlang seperti itu tidak menjamin kehidupan seseorang itu juga akan ikut cemerlang. Lihat apa yang telah berlaku kepada sesetengah para pelajar cemerlang kita yang terkandas dalam kehidupan hariannya dan di masa hidupnya (sesetemgahnya ketika di IPTA atau belajar di luarnegara, sehinggakan mereka takut hendak pulang ke tanahair kerana gagal mendapatkan ijazah).
Kecemerlang tidak menjamin kehidupan yang lebih baik dan berjaya kepada seseorang. Sebaliknya, seorang yang berkelulusan sedarhana mungkin lebih berjaya dalam hidup mereka. (Beberapa orang tokok tempatan dalam dan luar negara boleh dijadikan contoh seperti Allahyarham Dato? Lokman Musa, Tan Sri Alwi Jantan, (pemegang ijazah klas III) Tan Sri Arsha Ayub, Syed Naquib Al-Attas, (yang pernah gagal di Universiti Singapura) dll; sementara di luar negara, Enstien, Churchill, Hamka, Hitler, Thomas Edison, Isaac Newton, dan lain-lain, tidak pernah belajar di IPTA/IPTS, tetapi telah berjaya dalam meneraju negara, melahirkan penulisan-penulisan ilmiah/bukan ilmiah, dan penciptaan-penciptaan yang bermutu dalam bidang masing-masing.
Dalam sistem pendidikan yang wujud sekarang, kecerdikan dari segi pencapian IQ (yang mencerminkan kegeligaan otak seseorng atau kemampuanya berfikir secara rasional/logical) sahaja yang diukur dan diambil kira. Sementara kemampuannya dari segi kreativiti, ?kelembatan?nya mencapai tahap ?kegeligaannya? jarang mendapat perhatian.
Apa dia IQ itu dan bagaiman ia diukur? IQ adalah salah satu cara untuk mengukur kepintaran seseorang dalam mengatasi sesuatu masalah, keadaan yang dihadapinya; cara bagaimana dia mencari jalan keluar atau penyelesain untuk mengatasinya.
Ini boleh dilakukan dengan berbagai cara atau helah; termasuklah ?putar-belit? (asalkan matlamat mencapai tujuan) atau ?the means justify the ends?. Hasil atau akibat daripada pendidikan yang berteraskan ?seeing is believing? itu ialah
kelahiran manusia-manusia petualing (opportunists/expliters), perasuah (corruptors), pembelit (manipulators), penipu, munafik (hypocrites), talam dua muka, lidah bercabang, pendusta, pembohong, dan sebagain.
Sekiranya seseorang itu gagal bersaing atau mencapai kejayaan dalam hidupnya, misalnya dari segi pendidikan, maka jadilah dia seorang yang hidup berpura-pura; seperti yang pernah berlaku disuatu ketika dahulu di mana berlaku seorang yang telah berlagak sebagai seorng doctor yang dikenal sebagai ?Dr Zainal.? Ini ialah kerana supaya dia dapat diterima atau diiktiraf masyarakat.
Sekarang ramai yang mampu boleh ?membeli? ijazah dengan tidak perlu bersusah payah belajar. Dan banyak pula ?universiti-universiti?, khususnya di luar negara, yang menjual ijazah serupa itu, ?Pengiktirafan? masyarakat, kekdudukan, pangkat, pujian, dan sebagainya adalah menjadi buruan mereka. Malah, hari ini juga, seseorang boleh membeli ?ijazah? melalui internet.
Sekeping ?kertas? menjadi begitu penting dalam masyarakat kebendaan ; masyarakat kapitalisme. (We have now become a paper-chase society.) Adakah hairan kalau seseorang itu tidak sebenar-benarnya mempunyai ijazah asas ataupun tertinggai di peringkat Ph.D. atau kedoktoran mengakui dia mempunyainya? Adakah kita hairan ramai manusia yang berPh.D. dalam hatinya ? Pengkhianat, hasad, dengki?
Kita harus diperingatkan kepada kata-kata Confucius bahawa: Sesebuah negara tidak memerlukan hanya mereka yang bijak untuk menerajunya. Apa yang lebih penting, kita juga perlukan mereka yang bijaksana. (We do not need just intelligent pepople to govern the country, but most importantly, we need the wise ones)
Sehubungan dengan ini, President Indonesia Pertma, Bung Karno atau Sukarno, pernah berkata tentang apa yang dianggapnya sebagai sesebuah universiti yang terbaik. Katanya: ?Sesebuah universiti yang terbaik itu ialah universiti kehidupan.? (The best university is the university of life).
Jadi dalam sistem pendidikan kita, kita tidak perlu melahirkan hanya manusia yang bijak, tetapi juga bijaksana.; dan kebijaksanaan tidak tgerdapat dalam buku, tetapi alam kehidupan seharian melalui pengalaman atau pendidikan tidak formal.
Tetapi, pada hemat saya, yang paling malang di negara kita, yang melibatkan sistem pendidikan, ialah apabila tulisan Jawi dihapuskan. Penghapusan tulisan Jawi, samalah juga dengan penghapusan tras budya kita yang bertunjangkan Islam. Demikian juga dengan pengurangan waktu mengajar sejarah negara kepada warga kita, yang samalah seperti melupakan wujudnya ?datuk nenek? kita yang membimbing kita ke arah kehidupan berbudaya.
Perundangan
Kedua, sistem Perundagan. Sistem yang terdapat sekarang berteraskan kepada apa yang dinamakan sistem perundangan common law yang menitikberatkan kepada lunas-lunas ?precedent? (bermaksud keputusan sesuatu kes hendaklah diasaskan kepada keputusan-keputsan yang telah dibuat oleh mahkamah-mahkamah tertingi yang telah memutusakan sesuatu kes seumpama itu atau seakan-akan dengan kes tersebut).
Dan untuk menuntut ?keadilan? mengikut sistem ini seseorang itu mestilah berkemampuan. Kalau kita jadi Lauren Osman, bolehlah kita lawan kes kita sehingga ke mana-mana. Tapi, kalau kita si Bedul, Pak Ali, si Ah Chong, si Mutu, yang tidak mampu, kalau tidak salahpun terpaksa mengaku salah kerana kedaifan kita itu.
Maka itu kini ada ura-ura untuk memperkemaskan sistem kehakiman kita oleh Yang Arif Ketua Hakim Negara, Tan Sri Ahmad Firuz Datuk Shekh A. Halim, ke arah suatu sistem pengadilan yang lebih ?saksama? dengan mencadangkan kepada Kerajaan supaya sistem kehakiman yang memasukkan unsur-unsur perbicaraan/penghakiman yang dilaksanakan di setengah-stengah negara Europah seperti Switzerland, Denmark, Sweeden, Afrika Selatan, dan sebagainya. Iaitu menggabungkan sistem yang terdapat di negara-negara tersebut dengan hukum syariah.
Negara-negara Europah tersebut menggunakan satu sistem kehakiman yang dikenal sebagai sistem inquisitorial dan adversarial (secara penyelidikan rasmi dan penghujahan).
Ekonomi
Ketiga, sistem Ekonomi. Sistem yang terdapat, sebelum wujudnya sistem perbankan Islam, ialah si peminjam yang sering menjadi mangsa. Manakan tidak, biasanya orang yang meminjam itu adalah terdiri daripada mereka yang kurang berkemampuan. Dahlah mereka tidak mampu dan miskin, kalau meminjam mereka dikenakan ?bunga? pula. Iaitu, yang memberi pinjaman tentulah terdiri daripada yang berkemampuan/kaya, tetapi si miskin yang meminjam dikenakan ?denda? membayar lebih dripada pinjamannya!
Manakan tidak terjadinya gejala-gejala ?along? yang membelasah dan mendera para peminjam yang tidak dapat menyelesaikan pinjaman mereka? Inilah akibat daripada sistem ekonomi dan perbangkan atau pinjaman dengan ceti-ceti haram berleluasa. Inilah juga mungkin salah satu daripada sebabnya wujud skim cepat kaya.
Lihat apa yang berlaku dengan Malaysia dan negara-negara Asia lainnya diwaktu berlakunya krismon (krisis matawang) pada tahun 1979 dulu. Kalau tidak kerana bijak dan kebijaksanaan bekas Perdana Menteri kita Tun Dr Mahathir Muhamad mencari penyelesaian berkesan, negara kita mungkin telah muflis.
Media
Sekarang, ke empat, sistem Media atau Agensi-agensi Komunikasi pula. Media diwujudkan untuk memperkekalkan sistem-sistem ini guna mempastikan sistem-sistem tersebut (yang berteraskan kepada sistem sekularisme) utuh, disamping menjana pemikiran rakyat supaya sentiasa yakin kepada sistem-sistem tersebut dan menerimanya dengan sepenuhnya, tanpa payah berfikir..
Sistem media itu berteraskan kepada: ?Beri saja apa yang mereka suka.? Mereka, secara tidak sedar, akan mengikut ?ajaran? kita selain cuba membentuk pemikiran masyarakat ke arah menghayati ?kebaikan? sistem-sistem yang wujud.
Sistem media, termasuklah media cetak dan elektronik, (radio/tv), perfileman, video, vcd, komputer, periklanan, dan lain-lain. Juga secara tidak langsung peranan yang dimainkan oleh para pengamal perhubungan awam.
Diantara sistem media yang amat berkesan dalam membentuk minda masyarakat ialah perfileman dan tv. Maka itu, ramai daripada kita yang menerima hidangan-hidangan dari media-media ini bukan saja secara tidak sedar, tetapi juga ?uncritically imitative? (pak turut yang tidak critical); ikut saja apa yang dihidangkan oleh media-media ini.
Maka lahirlah manusia-manusia sepertimana yang disebutkan oleh Sdr Muhamad itu. Lihatlah remaja-remaja kita (termasuk juga sesetengah orang dewasa) yang gila-gila ikut menyaksikan rancangan Akedemi Fantasia, Malaysian Idol, Surehebuh, Konsert-konsert Rock, dan sebagainya yang diadakan tanpa memperdulikan waktunya diadakan, khususnya waktu solat. Bukan itu saja, yang memakai tudung ikut berkinja-kinja. Firman Allah s.w.t. ?Hati mereka telah ?dibekukan,? mata mereka telah ?dibutakan?, telinga mereka telah ?dipekakkan? Inilah ?senjata? yang digunakan secara psikologi untuk ?menghayal? dan memesungkan kiblat atau kehidupan kita, supaya kita jangan banyak berfikir dan sentiasa hidup berkhayal, menggemari hibuaran, dan lupakan apa itu erti hidup.
Sajikanlah segala kegemaran mereka. Mereka tidak akan punya masa dan akan tidak suka kepada beban-beban yang ?memeningkan kepala.?. Ikatlah mereka dengan pekerjaan mereka, supaya mereka tidak punya masa untuk bersolat, beramah mesra dengan keluarga, rakan taulan dan jiran tetangga. Jadikanlah mereka sebgai ?Pak Turut? sebagai lembu dicucuk hidung, supaya mereka hidup seperti ?ayam di kepuk mati kelaparan, itik di sungai mati kehausan.?
Inilah apa yang dinamakan ?Rancangan Raksaksa? (the Grand Design) para pemikir Barat dan para Penjajah kita dulu. Tanamkan bibit ajaran sekularisma, pecah-belahkan mereka, negari-negeri mereka, dan kita memerintah.?Biarkan anak-anak Melayu menjadi para petani dan nelayan yang lebih baik daripada bapanya; orang Cina menjadi Komprado-komprado bank; orang India menjadi para pekerja/buruh di ladang-ladang getah, stasyen-stesyen keretapi, dan pembuat jalan?. Kalau menentang kita hapuskan mereka, seperti yang berlaku kepada Bao Dai, Arlende, dan beberapa para pemimpin dunia yang lain, termasuk Sukarno, dan yang terakhir, Saddam Hussein.. Pilihlah pemimpin yang akan mengikut telunjuk kita.
Itulah rancngan rapi masyarakat yang memerintah kita dan yang telah menakluki minda kita menerusi agensi-agensi media mereka yang begitu powerful sekali. Tetapi, siapakah tuan-tuanpnya media-media ini? Kita sama-sama maklum.
Mengapa Berlaku?
Mengapa ini semua berlaku? Sebabnya adalah berpunca daripada keyakinan mereka terhadap ?Kesuperioritian? (Kekuatan/Keagongan) bangsa mereka, khususnya dari segi kepintaran minda mereka, sepertimana yang telah dinyatakan dalam kita-kitab mereka. Kitab itulah yang mendorong dan mempengaruhi keangkuhan dan keperibadian hidup bangsa mereka, digunakan secara agresif dan halus untuk menindas negara-negara yang lemah.
Dunia harus di ?deculturaise? (dihakis budayanya) supaya mengikut budaya dan cara hidup mereka. Mereka mesti di?demokrasikan? ala mereka ? ala liberal ? lelaki boleh kawin lelaki, dan wanita boleh kawin wanita. Mereka mesti di?bebaskan? (Negara ?tak bebas? atau ?separuh bebas? tidak semestinya tak aman dan makmur).
Lihat saja apa yang berlaku di China, di Singapura, di Vietnam, malah di Korea Utara. (Siapa yang sudah ke Korea Utara dapat menyaksikan dengan sendiri kerukunan hidup dan kekuatan negara itu. Sehinggakan mereka terpaksa
mengamalkan double standard terhadap masalah senjata nukliar yang ada pada Korea Utara dan yang kononnya terdapat di negara-negara teluk seperti Iraq, Iran dan Syria). Juga, lihat Cuba, yang terkenal dengan pembangunan pekhidmatan kesihatan yang canggih dan terkini mereka, dan dulu di Russia.
Yang penting dalam ?demokrasi? ialah apakah yang dapat kita berikan kepada rakyat untuk menjamin keutuhan, keselamatan, kesejahteraan dan keamanan sesebuah negara. Tidak guna negara kita ikut ala demokrasi Barat, kalau kita tidak aman dan makmur, rakyat kita menderita; berpendapatan tidak sama; dan miskin. Inilah yang dikatakan yang miskin bertambah miskin, yang kaya bertambah kaya.
Politik
Kelima, sistem Politik. Sistem politik ialah satu alat pemerintahan untuk mencari cara yang paling sesuai memerintah sesebuah negara untuk mencapai matlamat supaya rakyat sesebuah negara itu dapat hidup rukun, damai, aman, makmur, sejahtera dan sentiasa dalam selamat. Sistem politik sesebuah negara mencakupi segala sistem yang telah saya perkatakan tadi.
Sistem-sistem tersebut bolehlah mempunyai berbagai corak, mengikut sejarah perkembagan sesebuah negara itu. Maka itu, .terdapat berbagai jenis sistem politik dan pemerinthan negara yang diamalkan di dalam dunia ini. Ini termasuklah sistem demokrasi, separuh demokrasi, otokrasi, oligarki, komunis, dan sebagainya.. Sistem demokrasi boleh bercorak beraja, seperti Britain, Denmark, Malaysia, Brunei, Jordan, Saudi Arabia, dan lain-lain, yang mengamalkan demokrasi berparlimen; sistem demokrasi beraja, dan yang berkeperesidenan berbentuk demokrasi atau otokrasi, seperti India, Indonesia, Quba, Amerika, Perancis, Singapura, Filifina, Russia, China, dan sebagainya. Masing-masing negara ini mempunyai cara politik atau sistem politiknya untuk memerintah negara.
Apa juga sistem politik, sesebuah negara mempunyai matlamat yang sama seperti yang saya sebutkan di atas tadi terutmanya mempastikan kesejahteraan negara dan rakyatnya. Bagaimna negara-negara itu diperintah dan corak politiknya adalah terpulang kepada negara-negara tersebut.
Mereka mentadbir negara megikut budibicara dan kebijaksanaan negara itu, bergantung kepada latar sejarah negara tersebut. Masing-masing mempunyai ?kedaulatan? atau soverignitynya sendiri.
Tetapi, dalam pada itu, bukan semua negara suka melihat negara lain ?senang?. Sejak zaman berzaman ada saja negara yang ingin menggunakan kuasanya untuk memerintah orang lain dan menjadikan negara lain di bawah pemerintahan dan jajahan takluknya, secara langsung atau tidak.
Inilah punca kepada kekemelutan, peperangan, dan tindas menindas, di antara sebuah negara dengan yang lain Maka itu ada negara yang mengatakan ?ikutlah sistem pemerintahan saya. Sistem (politik) saya adalah yang terbaik.? Kalau tak ikut, negara yang kuat akan menggunakan kekuatannya secara langsung atau tidak, atau secara halus, seperti kononnya ?membantu negara yang lemah;? memberi sesuatu dengan ?kelingking bnrkait,? secara tertentu. bagi menundukkan negara itu untuk mengikut telunjuknya.
Tidak ada sebuah negara dalam dunia ini yang betul-betul merdeka, demokratik, atau otokratik seratus peratus . Kebanyakannya ?independent but dependent; atau interdependent.? Ini kerana dunia sekarang telah menjadi sebuah perkampungan sejagat (global village).
Mengenai negara-negara seperti Jepun, Taiwan dan Korea yang disebutkan oleh Sdr Muhammad yang mempunyai rakyat berdisiplin, berbudi bahasa, dan semangat cintakan negara yang kuat, ini tidaklah menghairankan. Kerana negara-negara itu mempunyai penduduk yang homogenous (mempunyai penduduk yang majoritinya terdiri daripada sama sebangsa, seagama, sebudaya dan sebagainya) termasuk China, berbanding dengan Malaysia yang mempunyai masyarakat berbilang bangsa, agama, budaya, dan bahasa.
Maka itu di kebanyakan negara yang penduduknya terdiri daripada majoritinya penduduk asli negara itu, ataupun kumpulan terbesar penduduk pendatang ke negara itu, seperti Singapura, Amerika, Australia, New Zealand, dan sebagainya, maka pemerintahan boleh dibuat mengikut ?acuan? mereka. Amerika tidak terkawal kerana sistem liberalnya.
Di Malaysia pemerintahan tidak boleh dibuat secara ?kasar?. Ia mestilah dibuat secaara berhemah, seperti mengeluarkan jarun dari tepung. Seperti agama Islam, tidak ada paksaan. Tidak ada assimilasi. Tetapi,dilakukan secara berhemah; secara integrasi.
Penyelesaian
Pada hemat saya, penyeselain kepada masalah yang kita hadapi hendaklah dilakukan secara menyeluruh (holistic) bersepadu, bukannya secra berkelompokan, sepertimana yang dilakukan oleh sesetengah para penyelidik dengan mendekatinya secara empiristik? (Penyeselaian masaalah secara berkelompok), disamping dengan berhemah..
Penyelidikan-penyelidikan ke arah mendapatkan jawapan-jawapan, misalanya, sepertimana yang saya utarakan ini perlu diperbanyakkan. Gunakanlah andian-andian saya ini sebagai hyphothesis-hyphotesisnya. Terokailah, carilah, jawapan-jawapannya; benar atau salahnya; kemudian mecari penyelesainya secara menyeluruh. Kalau perlu pada reformasi keseluruhannya, lakukanlah. Kan negara kita berdaulat?
Tetapi, yang amat penting sekali kepada umat Islam di negara ini khususnya, ialah kembalilah kepada ajaran Islam yang sebenar-benarnya; hadhari atau apapun, supaya kita mengikut ajaran pencipta kita, Allah s.w.t. dan mengamalkan ajaran pemimpin besar kita, nabi Muhammad s.a.w.
Menakala bukan Islam, mereka hendaklah berpegang kepada tuntutan etika agama masing-masing. Mungkin kita hendak memulakannya dengan mencari nilai-nilai bersama yang baik dan positif yang diamalkan rakyat Malaysia yang boleh dijadikan asas nilai-nilai negara yang boleh melahirkan manusia Malaysia yang diingkinkan oleh YAB Perdana Mentri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ? nilai-nilai murni dan pekerti mulia?
Ingatlah pesanan Allah s.w.t. dalam Surah An?nam, ayat 153, Juzu 8, ?Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanku yang lurus; dan oleh kerana itu ikutilah ia (jalan itu); dan janganlah kamu ikut jalan-jalan yang lain; kerana jalan-jalan itu akan memisah-misahkan (memecah-belahkan) kamu daripada jalanNya (jalan Allah s.w.t.); demikianlah Dia (Allah) memerintahkanmu; supaya kamu berbakti kepadaNya (Allah)?
Kita juga janganlah hendaknya mencuaikan ajaran-ajaran fardu kifiyah.
Tsunami telah mengingatkan kita semua; menginsafi diri bahawa satu hari, satu masa nanti, kita akan pulang menghadapiNya. Tiada siapapun, bahkan semua ciptaanNya akan kembali kepadanya.
Akhir sekali, kita mestilah jujur dan ikhlas, bukan saja kepada orang lain, tetapi juga kepada diri kita sendiri. Kita hendaklah rajin dan berdisiplin sekiranya hendak menjadi ummat yang berjaya dunia akhirat dan yang diredhai Allah.
Ingatlah bahwa tiap-tiap masaalah yang kita hadapi adalah saling berkait di antara satu sama lain, hasil daripada rangkian sistem yang telah dan sedang dianuti.. Kita hendaklah sentiasa sanggup dan sekali sekala cubalah berfikir ?dil luar kotak? (thinking outside the ?box?). Wallahu ?alam .
Mansal damha
Komen
walau apa pun keadaan yang menimpa, kerajaan dan rakya seharusnya berganding bahu untuk menyelesaikan masalah ini. tanpa kerjasama yang padu antara dua agensi ini, sudah pasti masalah yang mudah pun tidak dapat diselesaikan
Posted by: FADZR at Sunday, 17 September 2006 - 9:40:56 AM