Aspirasi kami adalah untuk MEMBENTUK SUATU GAGASAN PROFESIONAL MELAYU DARIPADA PELBAGAI BIDANG KERJAYA YANG BERDEDIKASI UNTUK MENCAPAI KECEMERLANGAN BANGSA MELAYU.
Gagasan kami menghimpunkan PELBAGAI KECEKAPAN, BAKAT DAN PENGALAMAN yang bersepadu untuk bersama-sama memimpin negara ke arah menjadikannya sebagai sebuah PUSAT KECEMERLANGAN di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
PROWARIS secara agresif akan bertindak sebagai salah sebuah KATALIS KEBANGKITAN BANGSA MELAYU yang berdaya maju.
Sebagai salah sebuah "Katalis" yang membangunkan dan mencorakkan lanskap Profesional Melayu, visi gagasan PROWARIS ini adalah untuk, mencapai objektif-objektif, berikut :-
Untuk MENYATUPADUKAN komuniti Profesional Melayu daripada PELBAGAI DISIPLIN dan BIDANG KERJAYA bersama-sama dalam MEMBANGUNKAN NEGARA dan MENANGANI CABARAN-CABARAN dari DALAM dan LUAR NEGARA.
Untuk menyediakan PENTAS bagi MEMPERTAHANKAN HAK-HAK BANGSA MELAYU.
Untuk memberi PENDEDAHAN Profesional Melayu dalam POLISI-POLISI KERAJAAN, PELBAGAI BIDANG KEPAKARAN, HAK-HAK INTELEK dan IDE-IDE INOVATIF.
Untuk membudayakan GERAK KERJA TERBAIK berbentuk PROFESIONAL, KEMASYARAKATAN dan PATRIOTIK berdasarkan LUNAS-LUNAS ISLAM.