Feriz Omar (37) anak Melayu Bugis yang lahir daripada keluarga yang terlibat dalam bidang politik sekian lama ini mendapat pendidikan awalnya sepertimana anak-anak Johor yang lain di Sekolah Agama Rakyat dan English College Johor Bahru sebelum melanjutkan pengajian beliau dalam bidang perakaunan dan kewangan di United Kingdom.
Beliau kemudiannya diberi latihan intensif serantau dalam bidang ekonomi dan perbankan pelaburan (Investment Banking) sesuai dengan jawatan yang dipegang beliau, Penasihat Khas kepada YBhg Tan Sri Abdul Rashid Hussain, bekas Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Perkumpulan Rashid Hussain Berhad sehingga tahun 2000 sebelum beliau berhijrah ke PriceWaterhouseCoopers, sebuah rangkaian firma perakaunan dan jururunding kewangan terbesar dunia pada ketika itu.
Feriz, seawal umur 33 tahun dilantik menjadi Pengarah Malaysian International Merchant Bankers Berhad (MIMB) dan pernah mengukir sejarah pada tahun 1994 dilantik menjadi Presiden Persatuan Pelajar Antarabangsa De Montfort University dan dipilih khas untuk bertemu HRH Queen Elizabeth di England membincangkan perihal isu-isu semasa antarabangsa.
Bersama beberapa pakar ekonomi, ahli perbankan pelaburan (Investment Bankers) dan seorang bekas Pengarah Urusan sebuah bank terkemuka di Malaysia, Feriz kini menerajui firma Feriz Omar & Partners (Strategist & Advisors), dan memegang jawatan Pengarah Urusan Chenderong Petroleum Sdn Bhd serta Pengerusi Eksekutif Perkumpulan Chenderong Bersekutu.
Sebagai aktivis pula, beliau dilantik menjadi Pengerusi Tabung Omar Al-Warith.
Feriz Omar adalah Pengasas, Peneraju Utama serta Presiden Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (ProWaris) sebuah pertubuhan yang mewakili ribuan ahli-ahli professional Melayu di dalam dan luar negara. Hari ini, ProWaris berdiri megah sebagai salah sebuah pertubuhan paling berpengaruh bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dalam Majlis Permuafakatan NGO-NGO Malaysia (MAPAN) dengan ratus ribuan ahli dari pelbagai persatuan, kelab serta pertubuhan di dalam dan luar Malaysia.
FERIZ OMAR – 100% TEPAT DALAM RAMALAN DAN ANALISA
Feriz Omar terkenal dalam memberikan ramalan dan penganalisaan secara BERANI, RADIKAL dan PRAKTIKAL. Sejauh ini, hujah serta fakta beliau adalah 100% tepat dalam temuramah di pelbagai media massa seperti dalam ulasan PRU Ke-12 di TV3; Hujah TV9; ASTRO Awani dan Radio 24 beberapa bulan yang lalu.
Dalam satu wawancara TV3 yang disiarkan secara langsung, Feriz telah meluahkan pendapatnya bahawa;
1. Barisan Nasional akan kalah teruk dalam PRU Ke-12 akibat protes Rakyat Malaysia terhadap kepimpinan tertinggi negara; 2. Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah merupakan Menteri Kabinet paling layak menggantikan Dato’ Seri Rafidah Aziz, bekas Menteri Perdagangan Antrabangsa dan Industri; 3. Isu kepimpinan Dato’ Seri Samy Vellu perlu ditamatkan segera; 4. Kemungkinan kekalahan Dato’ Seri Shahrizat Abdul Jalil kepada Nurul Izzah atas faktor pencalonan dan umur yang tidak sesuai;
telahpun menjadikan Feriz Omar sebagai pakar penganalisis politik dan ekonomi negara yang konsisten dan sangat relevan berbanding dengan kebanyakkan penganalisis lain yang lebih berminat untuk mensensasikan isu-isu politik dan ekonomi semasa demi kepentingan peribadi.