This Space Will Be Updated from Time to Time
Media Unit
ProWaris Malaysia


PESANAN : SERUAN SUPAYA MELAYU PROFESIONAL BERSATU DI PROWARIS MALAYSIA


Assalamualaikum wbt.

Saudara-saudari sekalian,

Saya bagi pihak Barisan Peneraju, Ahli-Ahli Kehormat Majlis Penasihat dan seluruh warga Pertubuhan Profesional Melayu & Pewaris Bangsa (ProWaris) Malaysia memohon agar saudara dan saudari sekalian dapat memanjangkan salam kasih dan hormat kami kepada seramai mungkin anak-anak Melayu Profesional di dalam dan luar negara.

ProWaris Malaysia membuka pintu seluas mungkin untuk menerima kehadiran ahli-ahli baru yang sedia berjuang dari segi waktu, tenaga, pemikiran dan sebagainya demi penyatuan semula Rakyat Malaysia yang berbangsa Melayu dan yang beragama Islam.

Kami yakin dengan penggembelingan tenaga Melayu Profesional, kita akan berjaya kembalikan kemartabatan Bangsa Melayu dan Agama Islam sekaligus meletakkan kedudukan politik, ekonomi dan kesejateraan negara di tempat asalnya, insyaAllah. 

PROFESIONAL MELAYU
- BERANI, AMANAH, DISIPLIN, RAJIN, SETIA, TAQWA- 

Wassalam.

FERIZ OMAR
Presiden ProWaris Malaysia
Tel : 03-2164 6488  |  Faks : 03-2164 7488
www.prowaris. org
prowaris@yahoo. com
prowaris@yahoogroups.com


Bahasa Melayu | English


Kumpulan puisi dan sajak USMAN AWANG

MELAYU...
Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau
memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

Usman Awang

PEPATAH-PEPATIH

Pepatah-pepatih adalah sesuatu yang sudah jarang digunakan dalam pertuturan seharian kita walaupun ianya adalah sekadar satu bidalan atau barisan ayat namun maksudnya sering tepat dan penuh kiasan. Adalah diharapkan agar ianya dapat sedikit sebanyak memperkayakan perbendaharaan kata kita ataupun sekurang
-kurangnya mengingatkan kita kepada asal-usul bangsa Melayu kita yang sering
dikaitkan berhemah tinggi dan bersopan-santun dan kadangkala melalui pepatah
-pepatih ini kita akan dapat lihat maksud tersirat melalui apa yang tersurat atau
apa yang diucapkan. Dalam erti kata lain kias dan ibarat sesuatu perkara itu.

Antaranya :-

1.Kuat burung kerana sayapnya, kuat ketam kerana sepitnya.
2.Malu bertanya sesat jalan.
3.Malas berkayuh, perahu hanyut.
4.Mati semut kerana gula.
5.Belum lepas tali uri, sudah hendak bangkit berlari.
6.Belum betul membilang jari, sudah hendak berkuasa sendiri.
7.Gajah di tepi mata tak nampak, kuman di seberang laut boleh nampak.
8.Bertanam tebu di bibir mulut.
9.Tongkat-tongkat yang membawa rebah.
10.Lulus jarum, luluslah kelindan.

KATA MEREKA

KATA MEREKA
LAUNGKANLAH MERDEKA
KATA MEREKA
RAKYAT SEMAKIN LUPA
BAGAIMANA SUSAHNYA NAK MERDEKA
BAGAIMANA SENGSARANYA
GENERASI LAMA
WAKTU NEGARA BELUM MERDEKA.

KATA MEREKA
KITA TELAH 47 TAHUN MERDEKA
TAPI USIA YANG DIRASAKAN LAMA
SEBENARNYA TAK BERMAKNA
ANDAINYA PENGISIAN JIWA DAN MINDA
MASIH DI TAKUK LAMA.

KATA MEREKA
KITA TELAH MERDEKA
MERDEKAKAH KITA
KALAU MASIH BEKERJA
DIBAWAH MEREKA YANG KONONNYA BERKUASA
TETAPI MERDEKAKAH KITA
KALAU KITA CUBA BERSUARA
UNTUK KEPENTINGAN SEMUA
UNTUK KEPENTINGAN BANGSA
KITA DICANTAS SEMUA
KITA DIBIDAS SEMULA
SEMATA-MATA TAKUTKAN KITA
TAKUTKAN KITA LEBIH BERKUASA
TIDAK MENGAPA SOAL BANGSA
TIDAK MENGAPA SOAL NEGARA
ASALKAN HATI MEREKA BAHAGIA
ASALKAN HAJAT MEREKA TERTUNAI JUA.

TAPI MERDEKAKAH KITA
BILA BANGSA KITA MASIH DITAKUK LAMA MINDANYA?

MERDEKAKAH KITA
JIKA BANGSA KITA BURUK PERILAKUNYA?

MERDEKAKAH KITA
JIKA BANGSA MELAYU KITA MASIH LUPA
TITIK PERJUANGAN SEBUAH BANGSA
YANG TAK PERNAH ADA PENGHUJUNGNYA.

MERDEKAKAH KITA
JIKA SERING BERSENGKETA

MERDEKAKAH KITA
ANDAINYA PEMBANGUNAN NEGARA
DIKATA NISTA OLEH ORANG KITA

MERDEKA
YA ! MERDEKA
MERDEKA SEBENARNYA
BILA KITA BEBAS JIWA DAN MINDA
BILA KITA BEBAS BERSUARA
BEBAS SEGALANYA
ASALKAN MASIH DALAM TATASUSILANYA

MERDEKALAH KITA
DI BUMI MALAYSIA
SEMOGA BEBAS SEGALANYA
BIAR SENGKETA BERLALU SEGERA
BIAR MERDEKA MINDA DAN JIWA SELAMANYA
SUPAYA BOLEH AKU BERBANGGA
DILAHIRKAN DI BUMI MALAYSIA
DIBAWAH PIMPINAN PEMIMPIN YANG BERSEMANGAT WAJA
MENAIKKAN MALAYSIA KE MERCU TANDA
KE MATA DUNIA
BANGGANYA AKU MENJADI ANAK MERDEKA
BANGGANYA AKU MENJADI RAKYAT MALAYSIA

BIAR APAPUN KATA MEREKA
MERDEKA TETAP MERDEKA
SEMOGA KITA TIDAK LEKA
SUPAYA MERDEKA MEMBANGKITKAN NOSTALGIA
SUPAYA MERDEKA DIHAYATI SEMUA
SUPAYA LAUNGAN MERDEKA
BERGEMA SEMULA
DI BIBIR SETIAP WARGA MALAYSIA
BUKANNYA HANYA DI STADIUM AKHBAR,TV DAN RADIO SELURUH NEGARA SAHAJA
TAPI BIARKAN LAUNGAN MERDEKA
BERGEMA DI HATI KITA
MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA

MERDEKALAH JIWA
MERDEKALAH MINDA
MERDEKALAH BANGSA
MERDEKALAH NEGARA
DAN MERDEKALAH DUNIA
DARI SEMUA ANGKARA MANUSIA DURJANA
MERDEKALAH KITA
DI DUNIA BUAT SEMENTARA
SEBELUM DIHITUNG SEMUANYA DI DUNIA SANA.

BALKHIS ALIAS
25 Nov 2004



 

< Sept 2008 >
I S R K J S A
1 2 3 4 5 6 7
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30          
















Coming Soon:
  • Online Application Form
  • Online Store
  • ProWaris AUDIO
  • ProWaris VIDEO


© 2004 - 2008 Dikendali oleh ProWaris Web Team - Pertubuhan Profesional Melayu & Pewaris Bangsa.
716115 pelawat semenjak 2004-2008 - Powered by DCI. π