This Space Will Be Updated from Time to Time
Media Unit
ProWaris Malaysia


PESANAN : SERUAN SUPAYA MELAYU PROFESIONAL BERSATU DI PROWARIS MALAYSIA


Assalamualaikum wbt.

Saudara-saudari sekalian,

Saya bagi pihak Barisan Peneraju, Ahli-Ahli Kehormat Majlis Penasihat dan seluruh warga Pertubuhan Profesional Melayu & Pewaris Bangsa (ProWaris) Malaysia memohon agar saudara dan saudari sekalian dapat memanjangkan salam kasih dan hormat kami kepada seramai mungkin anak-anak Melayu Profesional di dalam dan luar negara.

ProWaris Malaysia membuka pintu seluas mungkin untuk menerima kehadiran ahli-ahli baru yang sedia berjuang dari segi waktu, tenaga, pemikiran dan sebagainya demi penyatuan semula Rakyat Malaysia yang berbangsa Melayu dan yang beragama Islam.

Kami yakin dengan penggembelingan tenaga Melayu Profesional, kita akan berjaya kembalikan kemartabatan Bangsa Melayu dan Agama Islam sekaligus meletakkan kedudukan politik, ekonomi dan kesejateraan negara di tempat asalnya, insyaAllah. 

PROFESIONAL MELAYU
- BERANI, AMANAH, DISIPLIN, RAJIN, SETIA, TAQWA- 

Wassalam.

FERIZ OMAR
Presiden ProWaris Malaysia
Tel : 03-2164 6488  |  Faks : 03-2164 7488
www.prowaris. org
prowaris@yahoo. com
prowaris@yahoogroups.com


Bahasa Melayu | English


Pergerakan PROWARIS, daripada sengkatan "Generasi Profesional dan Pewaris Bangsa", telah bermula pada tahun 2001 sebagai sebuah kumpulan diskusi informal yang menghimpunkan pelbagai kecekapan, bakat dan pengalaman yang bersepadu untuk bersama-sama memimpin negara ke arah menjadikannya sebagai sebuah "Pusat Kecemerlangan" di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Hari ini, ramai Pemimpin Bangsa Melayu menyuarakan kebimbangan mereka terhadap kurangnya Profesional Melayu yang berjiwa "Melayu". Isu ini merupakan suatu isu yang perlu diselesaikan segera sebelum Agenda Melayu jauh tersasar daripada sasaran strategiknya.

Oleh itu, PROWARIS menyahut cabaran untuk menyatupadukan komuniti Profesional Melayu dari pelbagai disiplin dan kerjaya bagi mempertahankan Agenda Melayu daripada cabaran dari dalam dan luar negara.

Kami juga mengambil posisi sebagai sebuah Katalis Kebangkitan Bangsa Melayu dan berjanji meletakkan Agenda Melayu sebagai perjuangan utama PROWARIS. Kami juga memberi komitment berterusan dalam pembentukan lanskap Profesional Melayu dan juga polisi-polisi kerajaan yang melibatkan hak-hak Bangsa Melayu.

Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan individu-individu dan kumpulan-kumpulan yang ingin berjuang untuk Kecemerlangan Bangsa Melayu.

"KEJAYAAN MELALUI PEMIKIRAN STRATEGIK DAN GERAKAN EFEKTIF"

FERIZ OMAR & WAN JAUHARI ISMAIL
Peneraju Utama - PROWARIS
1 Disember 2004

 

< Sept 2008 >
I S R K J S A
1 2 3 4 5 6 7
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30          
















Coming Soon:
  • Online Application Form
  • Online Store
  • ProWaris AUDIO
  • ProWaris VIDEO


© 2004 - 2008 Dikendali oleh ProWaris Web Team - Pertubuhan Profesional Melayu & Pewaris Bangsa.
716110 pelawat semenjak 2004-2008 - Powered by DCI. π