This Space Will Be Updated from Time to Time
Media Unit
ProWaris Malaysia


PESANAN : SERUAN SUPAYA MELAYU PROFESIONAL BERSATU DI PROWARIS MALAYSIA


Assalamualaikum wbt.

Saudara-saudari sekalian,

Saya bagi pihak Barisan Peneraju, Ahli-Ahli Kehormat Majlis Penasihat dan seluruh warga Pertubuhan Profesional Melayu & Pewaris Bangsa (ProWaris) Malaysia memohon agar saudara dan saudari sekalian dapat memanjangkan salam kasih dan hormat kami kepada seramai mungkin anak-anak Melayu Profesional di dalam dan luar negara.

ProWaris Malaysia membuka pintu seluas mungkin untuk menerima kehadiran ahli-ahli baru yang sedia berjuang dari segi waktu, tenaga, pemikiran dan sebagainya demi penyatuan semula Rakyat Malaysia yang berbangsa Melayu dan yang beragama Islam.

Kami yakin dengan penggembelingan tenaga Melayu Profesional, kita akan berjaya kembalikan kemartabatan Bangsa Melayu dan Agama Islam sekaligus meletakkan kedudukan politik, ekonomi dan kesejateraan negara di tempat asalnya, insyaAllah. 

PROFESIONAL MELAYU
- BERANI, AMANAH, DISIPLIN, RAJIN, SETIA, TAQWA- 

Wassalam.

FERIZ OMAR
Presiden ProWaris Malaysia
Tel : 03-2164 6488  |  Faks : 03-2164 7488
www.prowaris. org
prowaris@yahoo. com
prowaris@yahoogroups.com

MEMORANDUM PROWARIS MENEMPATKAN SEMULA SYARIKAT PENERBANGAN NASIONAL (MAS) KE TEMPAT KECEMERLANGANNYA

MUKADIMAH

Kami PROWARIS, sebuah badan Professional Melayu & Pewaris Bangsa, ingin merujuk kepada segala isu yang berkaitan dengan Syarikat Penerbangan Nasional (Malaysia Airlines System) serta ulasan dan analisis yang dilakukan ke atasnya.

Sebagai badan professional Melayu yang memperjuangkan dominasi ekonomi Bangsa Melayu, PROWARIS memandang serius mengenai isu MAS yang sebenarnya merupakan Syarikat Penerbangan Nasional yang pernah diiktiraf sebagai Syarikat Penerbangan terbaik di dunia suatu ketika dahulu.

Berdasarkan kecemerlangannya juga, MAS telah berjaya melahirkan ahli-ahli Profesional Melayu bertaraf dunia, seperti para juruterbang, jurutera penerbangan (aeronautical engineers), jurutera senggara (maintenance engineers) dan para pekerja professional lain yang terdedah kepada persekitaran antarabangsa.

Atas dasar itulah, PROWARIS telah terlibat secara serius dalam membuat kajian di atas isu di atas sejak beberapa bulan yang lalu.

PANDANGAN

Menyedari Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) perlu dimartabatkan dan dikembalikan semula ke persada kegemilangannya sejauhmana yang terjangkau olehnya. Segala sudut Syarikat tersebut, daripada personaliti hinggalah kepada para anggota Majlis Pengarah dan para pasukan Peneraju Utama hendaklah dikaji semula kedudukan mereka dari segi proses makro dan mikro pengurusan dan pentadbirannya.

Menyedari selama lebih kurang 20 atau 30 tahun MAS telah melabur di dalam beberapa rancangannya yang berjaya melibatkan para pekerja dan anggota pengurusannya.

Menyedari kerjasama sepadu yang terjalin di beberapa peringkat pertumbuhannya telah mengukukan kerja berpasukan ke arah pencapian prestasi Syarikat tersebut.

Menyedari kejayaan sesebuah Syarikat Kebangsaan (GLC) mempastikan juga kejayaan sesebuah negara. Justeru itulah maka adalah penting bagi Kerajaan Malaysia mewujudkan satu rancangan induk (Master Plan) ke arah "pemulihan semula" untuk membawa Syarikat tersebut kembali kepada membuat keuntungan.

PERAKUAN

PROWARIS merasakan betapa perlunya Kerajaan Malaysia untuk meninjau semula beberapa matlamat asal di sebalik penubuhan Syarikat tersebut, sebagai Syarikat Penerbangan Nasional (National Aircraft Carier).

Semasa penubuhannya, di samping penerbangan antarabangsanya, Syarikat Penerbangan Nasional ini telah ditugaskan untuk memberikan khidmat penerbangan domestiknya, termasuklah penerbangan-penerbangan ke tempat-tempat terpencil yang ditentukan oleh Kerajaan tanpa meraih keuntungan.

Rangkatugas MAS ialah untuk mengimbangkan di antara khidmat tanpa keuntungan dengan khidmat yang mendatangkan keuntungan pada ketika itu berasaskan kepada dasar tanpa persaingan Kerajaan.

PROWARIS merasakan bahawa pengenalan kepada persaingan, iaitu dengan Air Asia, dengan perjalanan penerbangan yang memberikan keuntungan telah memberikan tekanan kepada pengangkutan kebangsaan ini.

Hari ini penerbangan ini terpaksa berkongsi perjalanan penerbangan yang memberikan keuntungan sementara itu terpaksa meneruskan khidmatnya menjalani perjalanan penerbangan tanpa keuntungannya sebagai satu tugas perkhidmatannya kepada Malaysia.

Jika bersandarkan kepada rangka kerja asalnya yang ia harus melaksanakan tugasnya, dalam keadaan yang berlaku sekarang, ia akan hanya membunuh MAS.

Maka itu, Kerajaan hendaklah mengkaji semula Dasar Penerbangan Udara bagi mempastikan MAS melaksanakan tugasnya di atas padang permainan yang sama datarnya, daripada meneruskan dasar mengenakan kawalan dan sekatan-sekatan ke atasnya.

PROWARIS ingin mempastikan bahawa MAS terus mencipta perkembangan Professional Melayu bertaraf dunia, seperti para juruterbang, jurutera penerbangan (aeronautical engineers), jurutera senggara (maintenance engineers) dan para pekerja professional lain yang terdedah kepada persekitaran antarabangsa.

PROWARIS juga merasakan bahawa struktur kewangan yang dilaksanakan oleh Syarikat Penerbangan Nasional tersebut perlu dikaji semula.

Ketika ini, struktur kewangan melibatkan Syarikat Penerbangan Malaysia Berhad yang merupakan syarikat pemegang aset dan MAS sebagai syarikat yang mengendalikan operasi dan pengurusan perkhidmatan.

Pemisahan di atara pemegang asset dan pengendali operasi ini boleh mendatangkan beberapa isu integrasi operasi dan proses untuk membuat keputusan terbaik bagi Syarikat Penerbangan Nasional tersebut.

Mengikut kajian PROWARIS, PMB mungkin boleh mengenakan syarat pembelian pesawat dan struktur aset kepada MAS tanpa sebenarnya memahami pengendalian penerbangan tersebut. Pada masa yang sama, MAS juga boleh mencadangkan pembelian aset yang mungkin tidak menepati sasaran objektif yang ingin dicapai oleh PMB.

Syarikat Penerbangan Nasional perlu memegang aset tersebut bagi mempastikan keputusan-keputusan efektif dilakukan bagi mempastikan penggunaan aset dan sumber-sumbernya dapat dilakukan sebaik mungkin bagi mendokong pengendalian Syarikat Penerbangan Nasional itu.

PROWARIS merasakan bahawa Pengerusi MAS dan para anggota Majlis Pengarahnya hendaklah diperkira dan dipertanggungjawabkan ke atas segala keputsan penerbangan tersebut bagi mempastikan keputusan-keputusan yang terbaik dilaksanakan. Sekiranya keputusan yang dibuat tidak menunjukkan kecemerlangan Syarikat Penerbangan Nasional itu sebaliknya mendatangkan kerugian, Pengerusi MAS dan para anggota Pengarah yang terlibat perlu dipertanggungjawabkan di atas kesilapan keputusan yang dibuat. Sekiranya perlu, disingkirkan.

KESIMPULAN

Sebagai Syarikat Penerbangan Nasional, MAS hendaklah ditempatkan dan disusun semula kepada keadaan kegemilangan masa lampaunya dan masa depannya seterusnya. Kejayaan pengangkutan nasional sesebuah negara menjamin kejayaan negara ibundanya.

Inilah sebab utamanya mengapa begitu penting bagi Kerajaan Malaysia untuk mewujudkan suatu Rancangan Induk Jalan Pemulihan Semula MAS untuk memandunya menuju ke arah keuntungan.

Segala segi pengendalian pengangkutan nasional itu hendaklah dikaji semula, daripada para personaliti anggota Lembaga Pengarah / Pengurusannya, pasukan yang diiktiraf untuk mengendalikan proses makro dan mikro Rancangan Induk Jalan Pemulihan Semula demi kejayaan masa hadapan Syarikat Penerbagan Nasional itu.

MAS perlu dikendalikan oleh satu pasukan pengurusan yang kuat berlatarbelakangkan kelulusan-kelulusan yang terbaik supaya Syarikat Penerbangan Nasional itu dikendalikan secara profesional.
Pasukan Pengurusannya hendaklah diberi kuasa untuk membuat keputusan bebas daripada Kerajaan yang menguntungkannya sebagai sebuah badan perniagaan. MAS tidak boleh digunakan sebagai buah catur di dalam permainan politik.

MAS hendaklah mencari penyelesaian untuk meningkatkan mutu produktiviti dan perkhidmatannya; mengurangkan kos pengendalian dan menambahkan hasil serta keuntungan di tengah kenaikan harga minyak dunia. Pengangkutan nasional ini salah sebuah syarikat penerbangan yang mempunyai kos purata pengendalian bagi seorang penumpang yang tertinggi sekali di rantau ini.

MAS hendaklah mencari penyelesaian terhadap moral pekerja sebagai salah satu agenda utamanya. Ketika ini, para pekerjanya mengalami keadaan rendah moral (semangat prestasi).

MAS perlu mengakui hakikat sebenar bahawa ianya adalah sebuah syarikat yang mengendalikan sebuah industri perkhidmatan di mana para pekerjanya merupakan aset pentingnya kerana itulah kualiti perkhidmatan MAS tidak boleh terjejas.

MAS hendaklah melangkau ke hadapan (leap forward) dan mula berpegang kepada suatu set budaya dan amalan kerja yang baru bagi melahirkan satu tenaga kerja yang cekap dan produktif.

HURAIAN

PENGURUSAN


Pasukan Pengurusan yang memimpinnya hendaklah dihormati oleh semua terbabit dengannya (stakeholders), sama ada para pemegang saham ataupun paa pekerjanya. Pasukan itu hendaklah juga mempunyai ketabahan dan keazaman yang kuat, yang tidak mempunyai agenda persendirian, kecuali untuk mempastikan kejayaan Syarikat Penerbangan Nasional tersebut.

Pasukan Pengurusan hendaklah juga boleh memimpin tenaga pekerjanya, yang pada ketika ini mengalami keadaan rendah moral, dengan satu visi dan misi yang boleh meyakinkan (credible) dan boleh dipertahankan.

Visi dan misi Penerbangan tersebut adalah TETAP dan TIDAK diubah dengan perubahan pasukan pengurusannya, suatu keadaan yang sering berlaku di masa lalu, yang akan mengakibatkan paras pekerjaan para pekerja terjejas dengan teruknya.

Pasukan Pengurusan hendaklah komited untuk mencapai objektif-objektif perniagaan Syarikat dan janganlah terpesong dengan agenda dan matlamat peribadi.

PROSES

MAS kini mempunyai salah satu kos pengendalian yang tertinggi di rantau ini. Kos pengendalian ini boleh dikurangkan sekiranya proses tersebut dikaji dengan terperinci semula dan perlu dijadikan salah satu agenda utama Syarikat.

Syarikat Penerbangan Nasional itu perlu menumpukan perhatian ke atas dayausaha untuk memperbaiki prosesnya (Process Re-Engineering) dan secara mikro dan makro agar integrasi di antara proses-proses di dalam Syarikat Penerbangan tersebut dapat berjalan secara menyeluruh dan efektif.

Teknologi hendaklah diberi ruang untuk memperbaiki proses agar MAS setanding dengan lain-lain syarikat multi-nasional ataupun GLCs. Teknologi IT adalah suatu alat perniagaan yang kuat, dan suatu sistem sepadu perusahaan yang biasa sebagai suatu sistem tulang belakang diperlukan bagi menjurus dan memudahkan proses operasi, pengendalian dan pekerjaan. MAS juga patut menggunakan sistem-sistem perniagaan yang bersepadu dan tidak berdiri sendirian (stand-alone).

Kebertanggungjawaban (accountability) hendaklah juga diperkenalkan dalam proses, dengan tiap-tiap unit perniagaan dipertanggungjawabkan bagi perbelanjaan dan keuntungan masing-masing, yang juga dikaitkan dengan prestasi serta pampasannya.

Sebagai contoh, di Syarikat Penerbangan Singapura (SIA) misalnya, apabila Sistem Hiburan dalam Kapalterbang (IFE) tidak berfungsi, pampasan akan diberikan kepada penumpang yang terjejas, dengan memberikan baucer yang membolehkan penumpang membeli tawaran barang-barang tanpa cukai yang terdapat di dalam kapalterbang, dan kos baucer tersebut akan dikenakan kepada Pusat Kos Kejuruteraan. Pestasi kewangan Jabatan Kejuruteraan akan terjejas sekiranya terdapat banyak kerosakan kepada unit IFE, dan ini akan mendesak mereka bekerja lebih giat lagi dalam memperbaiki prestasi pekerjaan mereka..

TENAGA MANUSIA

MAS telah berjaya melahirkan Professional-Profesional Melayu seperti para juruterbang, jurutera penerbangan (aeronautical engineers) dan jurutera senggara (maintenance engineers) di antara yang terbaik di dunia. MAS berada di dalam sebuah industri perkhidmatan di mana para pekerja merupakan aset pentingnya.

Oleh yang demikian, segala proses perihal para pekerja perlu mendapat perhatian utama Syarikat Penerbangan Nasional tersebut.

Proses komunikasi di antara majikan dan para pekerja merupakan sesuatu yang amat penting. Para pekerja tidak boleh dibiarkan tanpa mengetahui apa yang berlaku di dalam Syarikat mereka. Setiap pekerja berhak mengetahui mengenai berita serta polisi-polisi terkini mengenai Syarikat, pengambilan, kenaikan pangkat dan pemindahan para pekerja.

MAS juga perlu mengadakan kajian perbandingan penggajian para pekerjanya supaya para pekerjanya menerima pakej penggajian yang sekurang-kurangnya setaraf dengan para pekerja di syarikat-syarikat lain..
Di samping itu juga, MAS juga perlu mengendalikan proses pengiktirafan prestasi para pekerja yang seadil mungkin berdasarkan jenis pekerjaan, situasi dan tempat mereka bekerja.

Tanpa menitik-beratkan perkara-perkara di atas pihak MAS akan terus kehilangan para pekerja yang merupakan �aset� terbaik mereka kepada pesaing-pesaing baik dari dalam atau luar negara.

PROWARIS KATALIS KEBANGKITAN BANGSA

Bagi pihak Jawatankuasa Penasihat, seluruh EXCO dan ahli-ahli PROWARIS MALAYSIA,

FERIZ OMAR
Presiden - PROWARIS MALAYSIA



Komen